Mengulas Usul Ucapan Dasar Presiden berkenaan buku WA’ALA dan TN50 yang disediakan kepada perwakilan.

photo_2017-12-08_15-08-00.jpg

Apabila Presiden menyebut perkataan Waala ia seperti pisau yang tajam menusuk jantung kerana WA’ALA bermaksud setia dan jujur. Kerana itulah prasyarat untuk menjadi ahli UMNO haruslah Bersatu Bersetia Berkhidmat kepada parti.

Umno yang telah melayari perjuangan selama 7 dekad telah membuktikan kerana Waala inilah parti Umno dan Barisan Nasional masih kekal memerintah negara.

Ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi mengharapkan perhimpunan tahun ini adalah paling bermakna sebelum menghadapi PRU14. Kesetiaan dan kecintaan semua ahli akar umbi pada parti UMNO adalah sangat mendalam.

PRU14 kali ini merupakan medan peperangan yang paling besar untuk memastikan kerajaan Barisan Nasional mandapat mandat untuk kekal memerintah negara di bawah pimpinan Perdana Menteri kita, YAB Dato’ Sri Najib Razak.

Perdana Menteri telah melancarkan Transformasi Nasional (TN50) dengan cara berfasa. Fasa pertama berdasarkan dari kesinambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diilhamkan oleh Perdana Menteri ketiga Allahyarham Tun Abdul Razak agar negara mncapai TN50 untuk dinikmati generasi akan datang.

Semoga kehadiran semua ahli parti akar umbi pada perhimpunan ini akan terus bersatu bersetia dan berkhidmat di bawah Presiden Parti.

Sdra. Ahmad Jazlan Bin Yaakob
Wakil UMNO Bah Machang.

Leave a Reply