Usul Bernas Mahasiswa Nasional Disambut Baik

photo_2017-12-08_15-28-05

Penglibatan perwakilan Mahasiswa Nasional dalam Pehimpunan Agong UMNO saban tahun disambut baik oleh parti dalam usaha melahirkan generasi muda yang proaktif dan berintelektual. Ianya juga sekaligus mampu menarik sokongan anak muda kepada UMNO.

Subsidi Minyak Siswa 1Malaysia perlu diperkenalkan dan diberi kepada mana-mana mahasiswa yang mempunyai motosikal di bawah kapasiti 150cc. Langkah ini dilihat dapat membantu mengurangkan kos seharian mahasiswa. Sebagai perlaksanaan, pihak kerajaan boleh memperluaskan penggunaan kad debit (KADS1M) sedia ada bagi penyaluran skim ini”, ujar wakil daripada Mahasiswa Nasional, Ammar Adnan.

Tegasnya lagi, “Penyaluran subsidi ini hanya terhad di stesen minyak PETRONAS sahaja”.

Turut diberi penekanan adalah anak muda dari golongan B40 yang cuba mengubah nasib mereka melalui pendidikan.

“Kami telah berbincang dan mencadangkan agar pinjaman PTPTN dikalangan graduan B40 yang telah berjaya menamatkan ijazah pertama yang mendapat keputusan 2nd class upper, juga diberi penukaran pinjaman kepada biasiswa”.

Ini kerana beliau sedar bahawa graduan lepasan universiti masih tidak mempunyai kerja yang stabil dan bukan semua orang senang agar mereka dapat membantu keluarga mereka juga.

Sdra. Ammar Adnan
Perwakilan Mahasiswa Nasional

Leave a Reply