“APA GUNA ADA PARTI, KALAU TERBUANG DI HANYUT BADAI, APA GUNA KITA PERPARTI, KALAU BANGSA HANYUT TERGADAI.”

 

IMG_4669.jpg

Perhimpunan pada kali ini merupakan penghulu segala perhimpunan yang perlu dimanfaatkan untuk memalu gendang perang dan mempersiapkan bala tentera kita untuk bertambah yakin. Ia merupakan lambang sifat Wa’ala dan semangat perjuangan bersama sejak sekian lama.

Aprisiasi khusus buat Presiden. Sebagai pemimpin tertinggi hari ni, cabaran yang dihadapi sangat besar dugaannya. Tetapi sebagai Presiden yang cekal hati, berkeyakinan tinggi serta tidak putus-putus berusaha meletakkan rakyat dan negara sebagai kepentingan utama walaupun terpaksa nyawa menjadi galang gantinya.

APA GUNA ADA PARTI,
KALAU TERBUANG DI HANYUT BADAI,
APA GUNA KITA PERPARTI,
KALAU BANGSA HANYUT TERGADAI.

Pembangkang hanya pandai membangkang dan menghasut rakyat semata-mata kerana dendam mereka. Sudah menjadi lumrah manusia kuman di seberang laut mereka nampak tetapi gajah di depan mata mereka tidak nampak. Rugilah kita sekira segala jasa dan bakti untuk membela rakyat hanya dipandang enteng perkara ini.

Oleh itu marilah kita memasang niat untuk terus memimpin negara membela Agama Bangsa dan Negara kita. Insyaallah jika niat kita benar Allah SWT akan permudahkan untuk kita terus memimpin negara dan perjuankan kita.

PALULAH GENDANG PERANG,
KAMI SUDAH SEDIA MENYAMBUTNYA,
PALULAH GENDANG PERANG,
KAULAH KAMI NOBATKAN PANGLIMA BANGSA,
PALULAH GENDANG PERANG,
HULUBALANGMU TANGKAS MENGHUNUS SENJATA,
PALULAH GENDANG PERANG,
JANGAN SIAPA BERANI MENGHALANG,
PALULAH GENDANG PERANG,
AYUH KITA BERJIHAD LAWAN SETERU,
PALULAH GENDANG PERANG,
PANTANG BERUNDUR SEBELUM MENANG.

PERANG MESTI MENANG.

Puan Azihani Binti Dato Ali
Kangar, Perlis.

Leave a Reply