30 Peratus Kouta Wanita

Pergerakan Wanita UMNO  meletakkan keyakinan bahawa sasaran 30% Senator dalam wanita dapat dicapai sekiranya Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti. Sasaran tersebut disuarakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bagi memastikan wanita memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.

Beliau juga berharap agar wanita tidak diketepikan daripada posisi pembuat keputusan dalam arena politik negara ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Pergerakan Wanita UMNO di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Wanita UMNO sendiri akan mempersiapkan diri sepenuhnya dan menyahut cabaran jika diperuntukkan 30 peratus kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Lebih 50 peratus pengundi PRU-14 adalah wanita dan survival mana-mana parti politik serta kerajaan akan lebih terjamin apabila pemimpin wanita dan isu wanita diarus perdanakan.

Dewan Rakyat sahaja mempunyai 14 atau 6.3 peratus Ahli Parlimen Wanita Barisan Nasional (BN) termasuk lapan Wanita UMNO dan enam parti komponen, iaitu hanya 9.3 peratus Wanita UMNO daripada 86 Ahli Parlimen parti itu.

Manakala Di Dewan Negara, Wanita UMNO ada lapan dan wanita parti komponen ada tiga daripada 63 kerusi. Di Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, ada 25 Wanita UMNO dan lima Wanita parti komponen.

Ini membuktikan bahawa, Wanita juga mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang mampu mempertahankan negara demi agama, bangsa dan Negara. Bak kata pepatah “Tangan yang mengayun buaian mampu menggegarkan dunia”.

#MediaWanitaMaya #PAU2017 #PRU14 #KEKALBN #Salam30Peratus

Leave a Reply