#Tips ! Bagaimana Elak Sistem Peranakan Wanita Diserang Penyakit

Penyakit Endometriosis semakin meningkat dan teruk merosakkan peranakan wanita, menimbulkan masalah kesuburan dan kemandulan, keguguran dan akhirnya bedah buang rahim.

Penyakit Endometriosis disebabkan tisu-tisu darah haid, iaitu Endometrium tumbuh di luar rahim. Darah haid tumpah kebelakang rahim, sering berlaku jika rahim retroverted atau pintu rahim sangat sempit.

Sebab mengapa tisu-tisu endometrium tumbuh di luar rahim tidak diketahui, mungkin ada kaitan ketahanan atau immunity yang lemah.

Awas jika ada tanda-tanda berikut!

1. Senggugut yang semakin teruk, bermula sejak umor remaja dan tidak hilang lepas kahwin.

2. Senggugut dan tidak hamil selepas lebih setahun kahwin.

3. Senggugut dan hamil tetapi sering gugur diawal kehamilan.

4. Mengalami sakit atau tidak selesa waktu persetubuhan dengan suami.

5. Sakit pinggang khususnya waktu haid.

6. Perdarahan tidak tentu masa disertai sakit dibawah perut.

7. Senggugut atau perdarahan setelah lama tidak melahirkan anak dan umor dalam lengkongan 40an tahun.

8. Jika didapati rahim retroverted (kebelakang) bila discan olih doktor pakar gyne , berserta tanda2 senggugut dan sukar hamil atau sering gugur.

Jika ada tanda-tanda atau gejala-tanda tersebut ambil langkah-langkah berikut;

1. Jumpa pakar buat scan vaginal atau TVS dimana akan dapat dikesan rahim retroverted, cyst dalam ovay dan dinding otot rahim menebal dibahagian dinding belakang.

2. Buat bedah laparoscopy dan minilap untuk laser endometrisis, buang cyst, repair saluran fallopian jika sumbat, betulkan rahim yang retroverted kepada anteverted.

Ada kala saya lakukan pembedahan ini pada gadis yang mengalami senggugut teruk. Bertujuan mengawal kerosakkan peranakkan. Endometriosis adalah penyakit yang berterusan dan merosak peranakkan.

3. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunty untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis dan meningkatkan pekuang hamil.

Cara Pemakanan

Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, ambil langkah untuk kurangkan stress dan mengurangkan pendedahan kepada toksin.

Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dll.

Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung – donut, kuih-kuih, aiskrim , coklat dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.

Makan 70% bahan-bahan mentah dan segar , iaitu buah-buah dan sayur-sayur. Makan lebih buah-buah tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragonfruit dll.

Saya galakkan makan ulam , sayur bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.

Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery dan 1/4 buah papaya. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.

Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.

Makan 2 biji telor saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makanan selingan (tea dan coffee break) – jauhkan makanan bergula dan karbohadret.

Makan buah atau segenggam campuran kacang almond, gajus dan kacang tanah. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

Makan tengah hari – Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis carbohydrate.

Makan malam – Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.

Atau buat rojak/pecal dari sayur kankong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai.

Gantikan nasi putih kepada brown rice.

Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU, Makan juga goji beri, spirulina, rumpai laut.

Kredit : Dr Hamid Arshat


 

Leave a Reply