Jadikanlah #PAU2017 sebagai PEMANGKIN SEMANGAT menuju #PRU14 !

Pada 1946, pengasas UMNO yang berkumpul di Johor Bahru bersemangat untuk menyelamatkan bangsa Melayu dari kehilangan bangsa mereka, dari kehilangan tanahair mereka, dari menjadi rakyat sebuah tanah jajahan British dan hilangnya Melayu di dunia.

kongres-melayu-pertama.jpg

Perjuangan pemimpin dan ahli pengasas UMNO pada masa itu ialah untuk bangsa, agama dan tanahair. Tidak ada tujuan lain yang menggerakkan mereka, sudah tentu tidak ada kepentingan diri atau niat untuk jadi pembesar negara merdeka dengan upah yang lumayan.

Oleh kerana itu mereka dihormati, dialu-alukan dan disokong oleh hampir semua orang Melayu. Mereka adalah pejuang dan jaguh dan orang Melayu datang berduyun-duyun untuk menyertai parti UMNO yang ditubuh oleh mereka.

tubuh umno.1.jpg

Maka bersatulah Melayu, tanpa mengambilkira pangkat dan darjat, tanpa mempedulikan berpelajaran Melayu, Inggeris atau agama. Mereka semua Melayu samada dari negeri-negeri yang berlainan, dengan raja yang berlainan, atau apa-apa lain yang membezakan mereka. Dan berbaris padat dan rapatlah mereka untuk perjuangan yang suci, perjuangan untuk menyelamatkan bangsa mereka, agama mereka dan negara mereka. Mereka tidak takut, tidak gentar dalam menghadapi kuasa besar British.

umno.jpg

Dan berjayalah mereka dengan menewaskan Malayan Union, usul satu penjajah terkemuka, satu dari pemenang perang besar dunia. Dan terdirilah negara bangsa Melayu yang merdeka yang dikenali secara rasminya Persekutuan Tanah Melayu. Nama Federation of Malaya ialah terjemahan kepada Bahasa Inggeris dan dianggap oleh orang Melayu sebagai bukan nama rasmi.

Itulah UMNO 71 tahun dahulu. Mereka disanjung, didukung oleh semua yang berbangsa Melayu di negeri-negeri Melayu dan di mana-mana ada orang Melayu.

Dato’ Onn Jaafar merupakan orang pertama menyeru orang Melayu bersatu padu secara berorganisasi diperingkat nasional.

onn-jaafar.jpg

Turut mencadangkan agar sebuah parti politik kebangsaan ditubuhkan untuk menentang Malayan Union. Dato’ Onn Jaafar berjaya menganjurkan Kongres Melayu yang pertama diadakan pada tahun 1946 di Kuala Lumpur. Sumbangan terbesar beliau ialah menyatukan orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan akhirnya berjaya menumbangkan Malayan Union.

UMNO Telah menjelajah ke seluruh Semenanjung Tanah Melayu untuk menunjukkan kepada British tentang bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union. Onn Jaafar Turut berjaya memujuk raja-raja Melayu supaya memulaukan upacara pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union.

Dato’ Onn Jaafar juga menjadi ahli jawatankuasa yang menggubal Perlembagaan UMNO pada tahun 1949. Telah mengambil beberapa perlembagaan parti yang terkenal dari luar negara untuk dijadikan panduan. Dengan perlembagaan pertama itu, UMNO menjadi sebuah parti politik yang sepenuhnya.

Terlalu banyak sumbangan UMNO terhadap negara dan rakyat khususnya. Dari penyatuan bangsa sebelum merdeka sehingga ke pembangunan negara hari ini adalah hasil dari pemimpin UMNO terdahulu.

71 tahun bukanlah usia tua tapi usia yang cukup mematangkan bagi kepimpinan dah ahli-ahli UMNO itu sendiri. Dalam usia ini UMNO telah mengharungi pelbagai cabaran, dugaan dan berbagai pengalaman sepanjang mentadbir kerajaan dan negara. Sudah tentulah pengalaman-pengalaman ini seharusnya mematangkan ahli parti dalam apa juga cabaran yang dihadapi.

presdein.jpg

UMNO perlu terus menjadi juara dalam membela dan menyelesaikan permasalahan rakyat dan tidak seharusnya sekadar menjadi sebuah parti bermusim dalam melaksanakan khidmat bakti kepada rakyat di seluruh negara. Perkara ini perlu terus dititikberatkan agar kepercayaan rakyat sejak sekian lama kepada UMNO tidak akan terhakis.

Begitu juga dalam soal muafakat dan perpaduan berbilang kaum di negara kita. UMNO di semua peringkat perlu menyuarakan segala bentuk permasalahan rakyat. UMNO perlu bercakap perkara realiti dan bukan perkara retorik dan fantasi.

Inilah pendekatan perlu diteruskan. 71 tahun UMNO bersama dengan parti-parti lain di dalam Barisan Nasional (BN) menjadi nadi dalam kehidupan rakyat terutama melaksanakan tugas dan fungsinya kepada masyarakat. Jadi sejajar dengan 71 tahun UMNO, pemimpin dan ahli parti perlu istiqamah kepada peranan dan tugas yg sepatutnya dilakukan agar perkhidmatan UMNO terus diterima rakyat

umno_logo_71_final.jpg

Selamat bersidang buat semua perwakilan pada Perhimpunan Agong UMNO dari 5-9 Disember 2017. Jadikan perhimpunan ini sebagai pemangkin semangat menuju PRU-14.

Wassalam.

Penulis – Najibqadry • 30 November 2017 • 9.00am

Leave a Reply