#WIPKL2017 : WOMEN IN POLITICS 2017

22539968_1935682026694138_6533216634989639049_n

Sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 dijadualkan berlangsung pada 5 hingga 9 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sehari sebelum bermulanya #PAU2017 iaitu 4 Disember 2017 akan diadakan satu persidangan antarabangsa mengenai “Women in Politics 2017 (#WIPKL2017)” dan keseluruhan perwakilan untuk persidangan ini adalah sekitar 1000 orang.

WIPKL 2017 telah selesai melaksanakan persiapan peringkat awalan pada 2 bulan yang lepas iaitu menyediakan konsep kertas, mencari tema yang sesuai dan membawa jurucakap antarabangsa dan kini sedang melaksanakan peringkat persiapan logistik seperti dewan, jemputan dan aturacara perjalanan persidangan ini.

Persidangan ini adalah satu pengiktirafan kepada wanita UMNO oleh UMNO Malaysia yang memberi tanggungjawab melaksanakan persidangan antarabangsa ini yang membincangkan topik khas “Women in Politics”.

Perbezaan ASEAN sebelum ini dengan WIPKL 2017 ialah kebanyakkan jurucakap yang hadir adalah wakil ahli politik dari negara asia yang lebih bercakap mengenai amalan dan kejayaan serta pencapaian dalam parti politik masing-masing. Kali ini di WIPKL 2017, kesemua wakil parti politik ini dijemput sebagai deligasi atau perwakilan dan duduk sebagai peserta dalam persidangan ini dan bariskan pula meraka yang pakar-pakar untuk dijadikan jurucakap dalam topik-topik yang akan diperbincangkan supaya mereka boleh membawa polisi-polisi berkaitan dengan kempimpinan wanita.

DSCN0446 (Copy)

Menurut Dato’ Nor Azita Abdul Rahman selaku Penolong Bendahari Wanita UMNO, peningkatan dari segi bilangan tidak begitu ketara kerana dari tahun 2015 hingga 2017 belum ada lagi pilihanraya namun kesedaran itu masih ada dan dalam perbincangan kesemua jurucakap bersetuju bahawa jumlah wanita iaitu 10 peratus yang menjadi wakil rakyat masih rendah sedangkan banyak lagi agenda atau perkara-perkara mengenai wanita perlu diketengahkan. Dengan itu, pemimpin-pemimpin wanita sangat berharap penyertaan di dalam piliharaya akan datang sepertimana diperjuangkan sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan wanita sebagai wakil rakyat.

Mengikut peredaran zaman, wanita zaman sekarang ramai yang sudah maju kedepan sepertimana dilihat di pusat pengajian ramai pelajar perempuan dan terbukti bahawa wanita telah maju dari segi pendidikan, kemahiran serta kebolehan. Oleh itu, dengan perubahan zaman dan peredaran teknologi, sudah tiba masanya wanita perlu kedepan dan memainkan peranan penting seperti dalam bidang pendidikan untuk membangunkan dan memajukan negara.

DSCN0443 (Copy)

Menurut beliau lagi, harapan kali ini sebagai suara wanita UMNO menjadi sebahagian daripada tulang belakang UMNO Malaysia dan mahu kelihatan bahawa wanita juga penggerak parti serta melalui persidangan ini dapat menyuarakan hasrat dan pandangan wanita kepada kerajaan. Akhir sekali, wanita UMNO berharap saranan dalam persidangan ini akan diangkat oleh kerajaan dan dijadikan sebagai polisi di negara Malaysia.

Ikuti WIPKL2017 di –  INSTAGRAMTWITTERFACEBOOK

Leave a Reply