Tun Dato’ Sri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

imageBaru-baru ni saya ade baca kupasan buku Biografi Being Abdulah Ahmad Badawi oleh Saudara Jufitri Joha, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia.

21362765_1825507024143468_48728958_n

Beliau mengupas penglibatan Tun Abdullah didalam belia. Tulisan yang hebat bagaimana Tun Abdullah memandang tinggi partisipasi belia di dalam membuat dasar sehingga tertubuhnya Majlis Perundingan Belia Negara yang ada sehingga kini. Kali ini, izinkan saya mengupas buku Being Abdullah Ahmad Badawi dari sudut politik.

Kalau disebut mengenai reformasi sudah tentu kita berikan perhatian kepada Tokoh Reformasi Negara, Dato Seri Anwar Ibrahim. tetapi mungkin segelintir rakyat Malaysia lupa seorang lagi perjuang reformis yang hebat. Beliau adalah Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke -5 , Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tun Abdullah secara semboliknya meletakkan dirinya sebagai seorang reformis dengan konsisten meggunakan perkataan ‘reformasi’ dalam beberapa ucapannya.

Sebelum lagi berlakunya peralihan kuasa, munculnya konsesus meluas bahawa siapa juga yang akan menggantikan Tun Dr Mahathir harus berusaha untuk memisahkan dirinya dari Mahathirisme dalam mendapatkan legitimasi baru.

Dalam konteks penyegaran semula dasar dasar era lama, Tun Abdullah menonjolkan semula pembangunan modal insan dan menumpukan kepada konsep pembangunan wilayah – elemen yang ditekan oleh Mantan Perdana Menteri Kedua – Tun Abdul Razak Hussein.

Dalam aspek perkauman dan agama, Tun Abdullah dilihat cuba membawa semula pendekatan inklusif dan tidak etnosentrik iaitu pendekatan yang digunakan Perdana Menteri Pertama – Tunku Abdul Rahman.

Turut menjadi fokus pentadbirannya ialah gagasan Islam Hadhari iaitu pendekatan Islam yang progresif dan bertujuan melenturkan konservatisme agama.

Menariknya, perubahan yang cuba dibawa oleh Tun Abdullah tidak mendapat tentangan. Hasilnya dapat dilihat melalui kepercayaan besar rakyat yang memberikan undi popular sebanyak 90.4% kepada BN dalam keputusan PRU-12 – kemenangan terbesar yang pernah diperolehi oleh seseorang Perdana Menteri dalam sejarah politik Negara. dalam masa setahun sahaja Abdullah dikatakan dapat membayangi kepimpinan Tun Dr Mahathir.

Namun tidak ada unsur terpenting yang memberikan legitimasi terhadap tentangan ini selain Tun Dr Mahathir. Pembebasan tokoh reformasi Anwar Ibrahim ketika legasi Tun Abdullah dan pembatalan projek projek mega Tun Dr Mahathir seperti Jambatan Bengkok ke Singapura merangsang penentangan vokal Tun Dr Mahathir terhadap Tun Abdullah.

Konflik ini menyerlahkan lagi sikap Tun Dr Mahathir yang konservatif yang mana tidak membenarkan legasinya disentuh dan meyakini apa yang dibangunkan selama 22 tahun adalah tradisi yang terbaik di Malaysia.

Tun Dr Mahathir pada ketika itu seolah mengambil alih peranan pembangkang dalam menentang Tun Abdullah walaupun umumnya pihak pembangang dan pro-reformasi turut menyokong reformasi Tun Abdullah.

Pengajaranya adalah sebarang perubahan yang hendak dilakukan di dalam Umno dan Malaysia haruslah mempunyai wajah Mahathirisme dan legitimasi mereka mestilah diperolehi dari rangka yang telah diletakkan oleh Tun Dr Mahathir.

Lihat saja hari ini bagaimana Tun Dr Mahathir menentang kepimpinan YAB Dato Sri’ Najib Razak yang sememangnya melakukan transformasi di dalam Umno dan Malaysia.

Senario politik hari ini menarik minat saya untuk memetik ucapan terakhir Tun Abdullah pada Perhimpunan Agung Umno 2008. Beliau menegaskan “Ada juga yang masih berpendirian bahawa kita tidak perlu melakukan perubahan. Mereka berpandangan Umno ini boleh terus berkuasa dan kekal memerintah dengan kaedah menjaga kepentingan bebarapa individu tertentu dan memenuhi tuntutan kumpulan tertentu. Jika laluan ini terus dipilih, saya bimbang ia akan mempercepatkan berakhirnya talian hayat Umno”.

Dan hari ini Umno dilihat menemui jalan buntu untuk melakukan perubahan dek kerana melihat kedudukan Umno sebagai sebuah rejim konservatif dengan melihat kedudukannya sebagai parti dominan dan prinsip konservertisme dalam amalan dan kepercayaan politiknya.

Melainkan semua akar umbi serta semua puncuk pimpinan bahagian bersatu dan sedia memberi ruang secukupnya buat YAB Presiden Najib Razak melakukan transformasi di dalam Umno.

Selamat ulangtahun ke-78 Tun Abdullah Ahmad Badawi. Semoga terus cemerlang, gemilang dan terbilang.


Salam 13  • Najibqadry • 26 November 2017 • 3.25am

Leave a Reply