BAWANG MERAH BOLEH MENGUBATI MASALAH PITAM?

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba semuanya dirasakan semakin suram, makin gelap dan terus ‘terpadam’. Jatuh atas lantai kemudian tersedar semula, bangun dengan perasaan malu tetapi buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Adakah anda pernah mengalami keadaan yang sama seperti ini?

Situasi ini dipanggil pitam secara tiba-tiba. Ada bezanya antara pitam dan pengsan. Orang yang pengsan merujuk kepada keadaan tidak sedar untuk tempoh yang lama misalnya beberapa minit lebih atau ada yang sampai berjam lamanya.

Pitam juga membuatkan kita tidak sedar tapi untuk tempoh yang lebih pendek misalnya beberapa minit atau sekadar beberapa saat sahaja.

woman-fainting.jpg

ANDA SELALU MENGALAMI MASALAH PITAM?

INI ADALAH TANDA AWAL PITAM

  • Badan mula terasa panas
  • Badan berpeluh tiba-tiba walaupun dalam bilik/dewan yang ada penghawa dingin
  • Kepala pening-pening lalat
  • Mata nampak kelam

Punca Pitam PUNCA KELETIHAN

  • Badan keletihan
  • Tidak cukup tidur
  • Perut kosong

PETUA ELAK PITA

  1. Ambil seulas bawang merah dan tumbuk sehingga pecah sedikit.
  2. Kemudian hidu baunya.
  3. Biar aromanya menusuk hidung.
  4. Genggam tangan dengan sekuat-kuatnya supaya darah dapat mengalir lancar.
  5. Genggam dan lepas berulang-ulang kali.
  6. Buat pada kedua-dua belah tangan kanan dan kiri.
  7. Cuba genggam kaki sekuat-kuatnya dengan merapatkan jari-jemari pada kaki.
  8. Lakukan seketika sehingga anda terasa lega.

SELAMAT MENCUBA !

Sumber : DrAzima  #CorNadiECP #ECPJantungSihat

Leave a Reply