#SELERA : Wah, VIETNAM SPRING ROLLS !

RESEPI VIETNAMESE SPRING ROLLS YG SGT SEDAP DAN MUDAH DIBUAT!

Paling sedap! Kalau beli memang agak mahal kerana roll ini trending, buat sendiri pun boleh,  senang saja ! Jom kita mula !

22489782_719438078257436_5310654721190403308_n.jpg
Bahan – bahan  : 
 Untuk pembalut :
100g bihun siap dicelur dan dikeringkan
100g hirisan ayam
200g udang dengan kepala dan kulit masih utuh
2 sudu teh garam
Daun selasih, satu genggam
Daun pudina, satu genggam
100g taugeh, direbus sebentar dan dikeringkan
2 batang daun ketumbar, dihiris
6 helai daun salad
12 keping rice paper
Air

Untuk sos:
3 biji cili padi merah, dihiris dengan nipis
2 biji cili padi hijau, dihiris dengan nipis
2 ulas bawang putih, ditumbuk
30g gula
3 sudu besar jus limau
2 sudu besar sos ikan
80ml air didih

Cara:

1. Gunakan mangkuk dan campurkan semua bahan-bahan untuk sos dan perisa. Ketepikan.
2. Didih air menggunakan kuali ataupun wok, dan taburkan garam untuk memasak kepingan ayam sehingga masak.
3. Asingkan ayam dari air. Tunggu sehingga ayam mula menyejuk dan hiriskannya secara panjang.
4. Gunakan air yang sama untuk masak udang-udang. Keluarkan dari air panas dan buangkan kulit sambil potongnya secara berjalur. Letakkannya di tepi kepingan ayam.
5. Aturkan daun selasih, taugeh, lobak, dan daun ketumbar di atas pinggan yang besar.
6. Rendamkan rice paper di atas mangkuk yang berisi dengan air panas dan letakkannya di atas sehelai tuala dapur.
7. Letakkan setengah helai daun salad di atas rice paper.
8. Letakkan dua keping ayam, sedikit bihun, taugeh, daun selasih, dan daun ketumbar di atas.
9. Lipat dari bahagian bawah meliputi isian, lipat dari sebelah kanan dan kiri, dan letakkan dua keping udang sebelum menggulungkannya seperti Swiss roll.
10. Hidang bersama sos.

22449810_719438098257434_6196534189605477998_n

OK SIAP !


 

Leave a Reply