INI PUNCANYA KENAPA PASARAYA & CAWANGAN BANK DITUTUP !

263

Semakin kita menghampiri Pilihanraya Umum, akan muncul lebih banyak fitnah yang akan diceritakan samada melalui ceramah-ceramah mahupun melalui penceritaan di media-media sosial terutamanya, tentang kelembapan perniagaan yang berlaku di pusat-pusat membeli-belah dan kedai runcit, serta cerita-cerita berkaitan penutupan kedai-kedai dan pasaraya tertentu, dalam usaha mereka untuk memberikan gambaran bahawa kononnya ekonomi Malaysia berada pada keadaan yang buruk.

Sebagaimana dulu pihak pembangkang pernah mempergunakan hal penutupan beberapa cawangan bank yang SEBENARNYA BERPUNCA daripada peralihan kecenderungan perbankan kepada sistem perbankan dalam talian (online banking), untuk mengelirukan rakyat dan mendakwa kononnya cawangan-cawangan bank itu ditutup kerana ekonomi negara yang teruk. Padahal hakikatnya, bank-bank ini mencatatkan rekod keuntungan tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Jadi kenapa cawangan-cawangan itu ditutup? Cuba tanya diri anda sendiri, berapa banyak kali anda pernah berbaris dan berurusan di cawangan-cawangan ‘bank fizikal’ sejak beberapa tahun kebelakangan ini?

Sebaliknya, perbelanjaan domestik, iaitu jumlah perbelanjaan yang dibelanjakan oleh rakyat Malaysia dalam negara ini telah meningkat sebanyak 7.1% (6.6% untuk suku kedua 2017).

Walau bagaimanapun, pertumbuhan jualan runcit dijangka hanya berkembang sebanyak 3.7% pada tahun 2017.

Ini kerana terdapat perubahan ketara yang menyeluruh dalam corak/kaedah pembelian di seluruh dunia. Yang mana, seperti rakyat negara lain juga, didapati rakyat Malaysia kini lebih cenderung untuk membeli-belah secara atas talian (online) sekaligus telah mengubah cara rakyat Malaysia berbelanja. Hal ini secara tidak langsungnya telah menyebabkan jumlah pengunjung yang datang ke pusat-pusat membeli-belah menjadi semakin berkurangan.

Ia tidak lagi tertumpu kepada outlet-outlet fizikal.

Ditambah pula dengan pembinaan dan pengwujudan pusat membeli-belah yang terlalu banyak terutamanya di Lembah Klang, ada di antara pusat membeli-belah ini yang telah/akan menghadapi tekanan yang akhirnya akan mengakibatkan penutupan – paten yang sama anda dapat lihat di seluruh dunia.

Apa yang pasti, ia bukanlah disebabkan oleh keadaan ekonomi yang buruk atau kononnya negara akan bankrap. Tidak.

Ini adalah trend global – jadi usah terpedaya dengan propaganda para propagandis murahan ini.

SUMBER : A.D.A.M. _Aku Darah Anak Malaysia_


PASARAYA & CAWANGAN BANK DITUTUP AKIBAT TREND BELI-BELAH & PERBANKAN ONLINE

Tulisan Asal (BI): Eric See-To • Olahan Semula (BM): R.A.S.L.

 SEP 8, 2016 : Five years from now, one-third of China’s shopping malls will be out of business, report says

JUN1, 2017: Up to 25% of U.S. shopping malls may close in the next five years, report says

Oct 23, 2017: Singapore Malls’ Amazonian Emptiness


Media Wanita Maya : Facebook | Instagram | Twitter

Leave a Reply