Pendidikan PERCUMA kepada mahasiswa dalam Bajet Alternatif ??

Saya tersenyum melihat video Tan Sri Muhyiddin Yaasin, Presiden PPBM yang menyentuh Berkenaan PENDIDIKAN PERCUMA sehingga ke peringkat pendidikan tinggi kepada masyarakat Alor Gajah malam tadi serta mempertikaikan berkenaan bantuan dan pinjaman PTPTN kepada mahasiswa dalam Bajet Alternatif bagi Pakatan Harapan.

Dalam video tersebut beliau ada berkata yang jika Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 dan jika ada bajet, mereka akan berikan pendidikan percuma kepada bukan sahaja pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah, tetapi pendidikan percuma juga diberikan kepada pelajar sehingga ke peringkat pendidikan tinggi.

MY.jpg

Dalam video tersebut juga, beliau ada mengatakan yang jika Pakatan Harapan menang dalam PRU ke-14, pelajar universiti tidak perlu pinjam kepada PTPTN yang kita sedia maklum memberi pinjaman kepada pelajar universiti yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat universiti kerana kebanyakan daripada peminjam tersebut tidak mampu untuk membayar balik pinjaman PTPTN.

Terdetik dalam diri saya, mengapa usaha ini tidak diusahakan oleh beliau semasa beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia I. Sedangkan Sistem Pendidikan dan Agensi PTPTN jelas berada di bawah tanggungjawab Kementerian yang diketuai oleh beliau sendiri..

Malah beberapa program yang dihadiri dan dirasmikan sendiri oleh beliau, beliau banyak menyentuh berkenaan kekangan pendidikan percuma serta kepentingan PTPTN kepada mahasiswa. Saya rasa beliau sendiri tahu akan kepentingan PTPTN kepada mahasiswa. Kerajaan juga telah mengumumkan bahawa peminjam-peminjam PTPTN yang mendapat pointer kelas pertama tidak perlu untuk membayar balik pinjaman PTPTN kerana pinjaman tersebut telah bertukar menjadi biasiswa.

Jika nak jadi Pemimpin, biar berprinsip serta ingin membantu rakyat. Bukan sekadar kejar jawatan untuk kepentingan peribadi sendiri. Bukan hanya janji-janji kosong yang ingin ditaburkan demi meraih undi rakyat.

Semua orang menginginkan Pendidikan Percuma. Namun harus dibincangkan dalam Skop yang lebih luas dari segi kesan dan perlaksanaannya.

Wallahua’lam..


Penulis – Wirna #WanitaMaya

Media Wanita Maya : Facebook | Instagram | Twitter

Leave a Reply