KISAH BUDAK KELAS BELAKANG / LOW ACHIEVERS…

Kali ini adalah istimewa untuk anak-anak kelas terakhir. Anak-anak yang selalu dilabel kurang cerdik/kurang pandai/ tak berguna/malas/banyak main/tak fokus/belajar ke tak belajar sama je.
Berat untuk mereka, berat lagi untuk cikgu yang bertanggungjawab mengajar mereka. Awal tahun 2017, bila diminta untuk mengajar kelas paling hujung dalam hati ada terdetik ‘habislah aku’.
Tapi Alhamdulillah selepas membaca pelbagai artikel tentang strategi untuk kawal anak-anak ni dan mencuba sendiri pelbagai strategi, sekarang setiap hari saya tertunggu-tunggu nak masuk kelas mereka. Puas hati setiap kali selesai sesi pembelajaran.

Puas hati menanda buku mereka. Betul, seronok rasanya. Begitu juga dengan mereka.
“Teacher homework dah siap”
“Teacher harini nak belajar apa?”
“Teacher buku dah habis, nak tampal buku baru ni”
“Teacher tanda kerja saya please?”

Positif feedback. Alhamdulillah.

Ada beberapa tips yang saya rasa sangat berguna untuk kawal ‘low achievers’

1) Percaya kebolehan budak

Walaupun mereka dalam golongan terakhir, percaya akan kebolehan mereka.Mereka mampu buat. Mereka mampu selesaikan. Jangan ‘underestimate’ dan jangan ‘overestimate’. Kadang kadang bukan otak tak cerdas, cuma masalah ‘attitude’ jadi ke belakanglah tempatnya.

Latihan dalam kelas juga perlu bersesuaian dengan kemampuan mereka. Biarlah latihan itu ‘simple’. Jangan bercita-cita terlalu tinggi. Bila terlalu bercita-cita, mereka akan cepat bosan dan putus asa. Proses ini memakan masa yang lama. Lebih baik dapat sesuatu daripada tak dapat lansung.

2) Buat hubungkait dengan pelajaran semalam.

Menurut Professor Moses (pensyarah saya di UM), kelemahan sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia ialah tiada hubung kait dengan pelajaran semalam. Saya dulu pun begitu. Semalam tajuk lain, harini tajuk lain. Budak tak dapat relate. Walaupun dah masuk tajuk baru, wajib recall pelajaran semalam untuk ‘memory retention’.

Sebelum memulakan pdp, tanya anak-anak kita apa yang mereka belajar semalam. Ambil masa untuk brainstorm. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk ingat kembali. Bagilah gula gula ke stickers ke apa apa sahaja untuk menggalakkan murid brainstorm.

3 . Beri latihan di rumah/ homework yang mampu dibuat tanpa bantuan orang lain.

Perlu diingat tak semua pelajar kita boleh mendapatkan bantuan di rumah terutama untuk subjek yang susah seperti Bahasa Inggeris. Kita sebagai guru akan rasa cepat marah, cepat putus asa, sedih apabila murid tidak mampu menyiapkan ‘homework’. Jadi, beri latihan yang mereka mampu buat.

Walaupun latihan itu kelihatan senang, ia mampu memberi ‘satisfaction’ kepada murid murid jika mereka dapat menyelesaikannya sendiri. Percayalah jika mereka seronok, mereka akan ternanti-nanti kita tanda buku mereka atau bincang jawapan untuk tugasan tersebut. Dan lebih daripada itu, mereka akan meminta-minta latihan di untuk diselesaikan di rumah.

4 . Hadiah/ Rewards.

Saya suka untuk buat kuiz mudah dengan mereka. Jika dua minggu mereka belajar tentang articles, buat satu kuiz untuk uji kefahaman mereka. Dan paling penting, buatlah kuiz yang mereka mampu capai sampi gred A. Jangan menyusahkan mereka.

Kita akan dapat lihat betapa gembiranya pelajar apabila mereka boleh jawab kuiz dengan betul semua atau hanya satu kesalahan. Tujuan kuiz ini ialah untuk menukar tanggapan bahawa ‘Bahasa Inggeris itu susah’. Beri hadiah untuk setiap kejayaan. Saya suka untuk set target yang mereka kena capai.

Contohnya kalau betul 16 dan keatas, teacher akan bagi pensel warna. Jadi, mereka akan usaha. Jikalau saya tiada masa untuk prepare hadiah, saya akan bagi sahaja seorang seringgit.

5 . Variasi latihan

Walaupun mereka belajar sesuatu topik seperti Articles / Prepositions selama lebih dua minggu, mereka tidak akan bosan jika latihan yang diberikan ada variasi. Pelbagai bentuk. Ada fill in the blanks, ada multiple choices atau aktiviti padankan.

Satu lagi saya perasan bila mereka selalu buat latihan, buku cepat habis sebab selalu menyalin. Mereka sangat teruja bila buku habis. Cara saya, saya akan belanja setiap buku yang habis. Saya treat mereka seperti anak anak saya. InshaAllah diniatkan infaq untuk mereka kerana saya pun masih menantikan zuriat.

Jadi mereka tampal di atas buku 1. Habis buku 1, tampal buku 2. Begitulah sampai sekarang akhir tahun 2017, buku Grammar mereka ada 3. Ini sebenarnya ‘sense of accomplishment’ untuk murid-murid. Mereka akan rasa konfiden dan akan rasa subjek itu senang sebab mereka mampu menulis dengan sangat banyak. Untuk pelajar yang malas, ini juga akan memotivasikan mereka.

Mereka akan ‘mengejar’ rakan-rakan mereka untuk dapat hadiah buku baru daripada saya. Walaupun ada yang beli sendiri, saya tetap bayar balik kepada mereka sebagai ganjaran.

6 .Tak perlu mengejar silibus

Saya tahu dan saya faham sangat penting untuk menghabiskan silibus setiap tahun. Tapi perlu diingat kalau kita terlalu mengejar tetapi pelajar tercicir dan tidak faham, maka tiada gunanya. Berilah sesuatu yang mereka boleh guna untuk jangka masa panjang.

Saya selalu beritahu murid-murid “walaupun dalam kelas markah kuiz awak tinggi, tak semestinya awak akan dapat markah yang sama dalam peperiksaan sebab soalan arasnya tinggi. Tapi jangan putus asa. Walaupun meningkat 1 atau 2 markah, teacher tetap bangga. Tetapi kalau sesiapa mampu capai lebih baik, teacher akan sediakan hadiah”.

Peperiksaan bukanlah mengukur segalanya. Kerana proses pembelajaran sesuatu bahasa adalah sangat lama dan memerlukan komitmen. Dari segi grammar, vocabulary dan macam macam lagi. Mungkin cikgu perlu fokus sahaja untuk memperkaya vocabulary mereka dan perlahan lahan ajar grammar seperti ‘tenses’. Tak mungkin pada hujung tahun mereka mampu menulis essay yang lengkap. Tapi sekurang-kurangkan mereka kenal subjek ayat itu singular/plural dan past tense atau present tense.

7 . Tanda latihan dan beri feedback

Murid perlukan ‘feedback’ tentang tahap kemajuan mereka. Tandalah setiap latihan yang diberikan dan beri ulasan. Saya siapkan cop dan tandakan sahaja di kotak seperti dalam gambar. Kadang-kadang bila ada kesalahan, akan ada yang bunyi ‘please teacher bagi cemerlang. please please please!’

8 . Jadikan mereka kawan

Saya suka wujudkan suasana yang positif di dalam kelas. Selalu bergurau dengan mereka, tanya khabar keluarga mereka. Sebab mereka perlukan perhatian. Mereka buat perangai pun kerana mahukan perhatian. Tak salah luangkan sikit masa untuk bercerita perkara yang berlaku di luar kelas. Namun, semua ada batasnya. Kita orang yang lebih dewasa akan tahu hadnya.

9 . Jangan ungkit kesalahan mereka/ latar belakang mereka di depan rakan rakan yang lain.

Elakkan mengeluarkan ayat seperti “elok la malas. ayah malas . mak malas, awak pun malas.” atau “minggu lepas pukul kawan, curi duit. harini nak jadi hantu apa pulak?” please. elakkan. Bagi hak mereka untuk belajar. Apa apa masalah sekali pun, elakkan public humiliation. Jumpa secara peribadi. Lebih baik.

Nasihat untuk cikgu cikgu dan saya juga pada masa hadapan, buanglah tanggapan negatif untuk murid kelas belakang. Kerana mereka inilah yang kebanyakannya ringan tulang. Yang ramah menyapa bila terjumpa di mana mana. Wallahuallam

SUMBER : NAJIHAH RAHMAN – Diizinkan share jika memberi manfaat.


 

Leave a Reply