GST DAN SST

GST

1. Apa itu GST?

GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah.

2. Sebelum GST Malaysia ada cukai serupa tak?

Sebelum GST Malaysia mengamalkan system cukai Cukai Jualan (SST) (10%) dan Cukai Perkhidmatan (6%).

3. Sejak bila ada SST dan Cukai perkhidmatan wujud di Malaysia ni?

Cukai Jualan telah diperkenalkan sejak tahun 1972 (Akta Cukai Jualan 1972). Perintah Cukai Jualan 2012 menetapkan kadar Cukai Jualan adalah 10%.

Cukai Perkhidmatan telah diperkenalkan sejak tahun 1975 (Akta Cukai Perkhidmatan 1975) pada kadar 5%. Kadar ini kemudiannya dinaikkan kepada 6% pada tahun 2011.

4. Jadi sekarang kita bayar SST dan GST ker?

Tidak. GST (6%) menggantikan kedua dua Cukai Jualan (SST) (10%) dan Cukai Perkhidmatan (6%) di Malaysia. Sekarang pembeli hanya bayar GST.

5. Bagaimana perkiraan GST?

PEMBANGKANG SERING MEMBERIKAN CONTOH PERKIRAAN YANG SALAH. Ini membuat orang berfikir cara mengira GST seperti berikut:

CONTOH PERKIRAAN GST YANG SALAH

Jualan oleh pengilang 2.00
Cukai (6% GST) 0.12

Harga dibayar oleh orang tengah 2.12
Mark Up (100%) 2.12
Harga jualan sebelum cukai 4.24
Cukai (6% GST) 0.25

Harga dibayar oleh peruncit 4.49
Mark UP peruncit (25%) 1.12
Harga Jualan sebelum cukai 5.61
Cukai (6% GST) 0.34

Harga dibayar pengguna 5.95

GST TIDAK DIKENAKAN KEPADA HARGA TIAP TAHAP TRANSAKSI.

GST HANYA DIKENAKAN KEPADA NILAI PERBEDZAAN ANTARA HARGA BELI DAN HARGA JUAL.

 

CONTOH CARA PERKIRAAN GST YANG BETUL

Jualan oleh pengilang 2.00
Cukai (6% GST) 0.12

Harga dibayar oleh orang tengah 2.12
*Kos kepada orang tengah 2.00
Mark Up (100%) 2.00
Harga sebelum cukai 4.00
Cukai (6% GST) 0.24
Kredit Input Tax -0.12

Harga dibayar oleh peruncit 4.12
Kos kepada peruncit 4.00
Mark UP peruncit (25%) 1.00
Harga sebelum cukai 5.00
Cukai (6% GST) 0.30
Kredit Input Tax -0.12

Harga dibayar pengguna 5.18

*Cukai dibayar kepada pengilang di klaim oleh orang tengah sebagai Kredit Input Tax

6. Dulu bayar cukai kurang sekarang dibawah GST kita bayar cukai lebih.

Tidak benar. Dari perbandingan antara cukai SST dan GST secara pengiraan yang benar, kita dapat lihat jumlah harga barang dibawah cukai GST lebih rendah dari harga barang yang dicukai SST.

PERBANDINGAN PERKIRAAN ANTARA GST DAN SST

CONTOH 1

SST
Jualan oleh pengilang (jus) 2.00
Cukai (10% cukai jualan) 0.20
Harga dibayar oleh hotel 2.20
Mark Up (100%) 2.20
Harga jualan sebelum cukai 4.40
Cukai (6% cukai perkhidmatan) 0.26
Harga dibayar oleh pengguna 4.66

GST
Jualan oleh pengilang (jus) 2.00
Cukai (6% GST) 0.12
Harga dibayar oleh hotel 2.12
Kredit Input Tax -0.12
Kos kepada hotel 2.00
Mark Up (100%) 2.00
Harga jualan sebelum cukai 4.00
Cukai (6% GST) 0.24
Harga dibayar oleh pengguna 4.24

CONTOH 2

SST
Jualan oleh pengilang 2.00
Cukai (10% cukai jualan) 0.20
Harga dibayar oleh orang tengah 2.20
Mark Up (100%) 2.20
Harga jualan kepada peruncit 4.40
Harga dibayar oleh peruncit 4.40
Mark Up peruncit (25%) 5.50
Harga dibayar oleh pengguna 5.50

GST
Jualan oleh pengilang 2.00
Cukai (6% GST) 0.12

Harga dibayar oleh orang tengah 2.12
Kos kepada orang tengah 2.00
Mark Up (100%) 2.00
Harga sebelum cukai 4.00
Cukai (6% GST) 0.24
Kredit Input Tax -0.12

Harga dibayar oleh peruncit 4.12
Kos kepada peruncit 4.00
Mark Up peruncit (25%) 1.00
Harga sebelum cukai 5.00
Cukai (6% GST) 0.30
Kredit Input Tax -0.12

Harga dibayar pengguna 5.18

7. Semua barang yang kita beli kena GST ker?

Tidak semua barang dan perkhidmatan akan tertakluk kepada GST. Beberapa makanan utama dan kemudahan asas seperti beras, ayam, ikan, daging, sayur-sayuran, gula, tepung dan minyak masak adalah bebas daripada cukai. Sementara itu, jual beli dan penyewaan hartanah pertanian dan rumah kediaman dan perkhidmatan seperti perkhidmatan kesihatan dan pendidikan swasta serta pengangkutan awam adalah dikecualikan daripada GST.

8. Kenapa pungutan dari GST lebih dan berbedza dari jumlah dijangkakan. Kan ini ertinya rakyat yang bayar lebih tu ertinya?

Tidak. Jumlah kutipan GST bertambah bukan kerana rakyat bayar lebih dari dulu tapi kerana:

• Dibawah sistem Peniaga tidak dapat melarikan diri dari membayar cukai dengan system GST.
_ Peniaga yang menjalankan bisnis tampa membayar cukai sekarang mesti mendaftarkan diri dan dari pendaftaran peniaga yang telah dijalankan ternyata 30% peniaga di negara tidak pernah bayar cukai atau melarikan diri dari membayar cukai sebelum ini.

• Sistem GST lebih transparen dan peniaga tidak dapat memainkan jumlah kos dan harga untuk melarikan diri atau mengelak dari membayar jumlah GST yang sepatutnya.

• Dengan ekonomi yang berkembang rakyat berbelanja lebih dari sebelumnya jadi jumlah penghasilan negara dari cukai GST bertambah.

• Kenaikan kos barangan menambah jumlah GST yang dibayar. Ini tidak ada perbedzaan antara GST dan SST. Jika kos input barangan naik, jumlah cukai untuk dibayar juga akan naik.

9. Lebih dari 160 negara memilih untuk mengamalkan system GST sebagai system percukaian. Ini kerana:

• GST merupakan satu sistem percukaian yang lebih baik. Ia lebih telus, cekap, berkesan, berkawalan kendiri dan kurang birokrasi.

• GST akan menghapuskan cukai berganda di bawah SST. Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan bagi kebanyakan barang dan perkhidmatan berbanding dengan SST.

• Bagi perniagaan, kos dalam menjalankan perniagaan dapat dikurangkan kerana GST yang dikenakan ke atas input perniagaan mereka dapat dituntut semula. Ertinya – GST tidak menjadi komponen kos kepada peniaga dibandingkan SST yang menjadi kos kepada peniaga.

• Sebagai contoh, di bawah sistem percukaian SST, kebanyakan pengilang/peniaga tidak dibenarkan menuntut semula cukai perkhidmatan ke atas telekomunikasi, perakaunan dan perkhidmatan guaman, dan cukai jualan ke atas input tidak langsung seperti peralatan pejabat dan perabot. Cukai-cukai ini adalah terselindung di dalam harga barang yang dijual. Oleh itu, kos untuk menjalankan perniagaan meningkat. Di bawah sistem GST, mana-mana GST yang dikenakan ke atas perolehan boleh dituntut semula dan tidak merupakan kos perniagaan dan kos perniagaan lebih murah dibangingkan dengan systemSSST.

• Dengan kurangnya harga menjalankan bisnis, eksport Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing di pasaran global memandangkan tiada GST dikenakan ke atas pengeksportan barang dan perkhidmatan. Ini akan mengukuhkan sektor eksport yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

10. Kadar GST Malaysia tinggi

Malaysia mengamalkan kadar GST 6% and ini salah satu dari yang paling rendah di Asia.

CAMBODIA 10%
CHINA 17%
HONG KONG NA
INDIA State VAT 12.5%
INDONESIA 10%
JAPAN 5%
S. KOREA 10%
LAOS 10%
MALAYSIA 6%
MYANMAR NA
PHILIPPINES 12%
SINGAPORE 7%
THAILAND 7%
VIETNAM 10%

Ditambah dengan barangan yang dikecualikan cukai, program BR1M dan bantuan bantuan yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah, GST tidak boleh dianggap sebagai satu perkara yang membebankan rakyat golongan rendah.

Selain dari itu, SST yang diamalkan sebelum GST juga dibayar tiap kali individu dari golongan pendapatan rendah mengadakan tranksaksi pembelian barang.

11. Dengan GST harga barang makin naik.

Tidak benar.

Seperti yang ditunjuk dalam perbandingan perkiraan antara GST dan SST, harga barang dibawah system GST lebih rendah jikalau disbandingkan dengan system SST dalam keadaan yang sama.

Selain dari itu, GST BUKAN SATU MEKANISME UNTUK MENENTUKAN HARGA. HARGA PENJUALAN DITENTUKAN OLEH PENIAGA MENGAMBILKIRA KOS INPUT DAN KEADAAN LAIN.

Kenaikan kos input memengarohi harga barang, Ini antartanya:

• Harga barang mentah;
• Harga proses;
• Harga sewa;
• Harga listrik dan Air;
• Harga logistic – transportasi dan distribusi;
• Harga Gaji,
• Dan lain lain

Perubahan kepada salah satu kos input akan mengubah harga barng.

SELAIN DARI PERUBAHAN DALAM KOS INPUT, MUSIN JUGA MEMENGAROHI HARGA BARANG

Di musin Tengkuju, ramai nelayan tidak kelaut diwaktu onbak tinggi atau angina kencang. Dengan kurangnya penangkapan ikan oleh nelayan,harga ikan akan meningkat.

Ini juga berlaku bepada buah yang bermusim. Waktu bukan musim, harga buah akan tinggi dibandingkan waktu musim.

PERMINTAAN TINGGI JUGA AKAN PENGARUH HARGA BARANG

Di waktu perayaan harga barang akan meningkat kerana permintaan meningkat. Ini sering kita hadapi.

Permintaan juga meningkat bila rakyat memiliki lebih wang untuk belanja.

JUMLAH GST YANG BIBAYAR ADALAH HASIL DARI PERUBAHAN KOS INPUT. GST DENGAN SENDIRI TIDAK AKAN BERUBAH JIKALAU KOS INPUT TIDAK BERUBAH.

Jadi janganlah mudah percaya dengan apa yang disebarkan pihak pembangkang tentang GST. Bertanya jikalau tak faham. Malu bertanya sesat jalan. Belajar kalua kurang tahu. Jangan sampai sesat bila mendayung perahu.

Credit: Malaysian Customs Website

Leave a Reply