#Info : Jauhilah 8 Perkara Menyebabkan Amalan Kita di Tolak Oleh Allah S.W.T. !

Jauhilah Lapan Perkara Menyebabkan Amalan Kita di Tolak Oleh Allah S.W.T.

Apakah kita merasai bahawa kesemua amalan-amalan kebaikan yang kita kerjakan ini akan di terima oleh Allah S.W.T.? Sedangkan jika dilihat daripada hadis Nabi S.A.W. yang panjang diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal terdapat 8 perkara yang akan menjadi penghalang dan menyebabkan amalan-amalan kita tidak di angkat dan diterima oleh Allah S.W.T.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

8perkara

1. Mengumpat.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati, tentu sekali kamu benci memakannya. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujarat ayat 12)

2. Mengharapkan keduniaan.

Allah SWT berfirman: “Ketahuilah, bahwa sesungguh nya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara karnu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhrat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan belaka.”  (Surah Al-Hadîd ayat 20).

3. Sombong.

Dari Abdullah bin Mas’ud dari Nabi SAW, bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud, “Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan.”Salah seorang berkata, “Sesungguhnya ada orang yang menyukai baju dan sandal yang bagus.”Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia.” (Hadis Riwayat Muslim)

4. Ujub.

Orang yang terkena penyakit ujub akan memandang remeh dosa-dosa yang dilakukannya dan menganggapnya bagai angin lalu. Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam telah mengabarkan kepada kita dalam sebuah hadis: “Orang yang jahat akan melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya, dengan santai dapat diusirnya hanya dengan mengibaskan tangan. Adapun seorang mukmin melihat dosa-dosanya bagaikan duduk di bawah kaki gunung yang siap menimpanya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

5. Pendengki dan hasad

Sifat hasad dengki adalah sifat yang banyak membawa keburukan dan kemusnahan. Orang berpenyakit hasad dengki ini tidak suka melihat orang lain berjaya daripada dirinya, tidak kira dalam apa juga bidang.

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Waspadalah terhadap hasad (iri dan dengki), sesungguhnya hasad mengikis pahala-pahala sebagaimana api memakan kayu.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)”

6. Tidak mengasihi orang lain.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : “Seseorang itu tidak beriman sehinggalah dia mengasihi terhadap saudaranya seperti mana dia kasih terhadap dirinya sendiri” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Sum’ah dan riyak.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : “Barangsiapa yang beramal kerana sum’ah (ingin didengar manusia) maka Allah akan membalasnya dengan diperdengarkan keburukannya. Dan barangsiapa yang berbuat riyak, maka Allah akan menampakkan riyaknya” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Ibn Majah dan Ahmad)

Al Izz b Abdussalam menyatakan”Sum’ah adalah dengan cara menyembunyikan amalannya kerana Allah, lalu menceritakan kepada manusia”

8. Tidak ikhlas.

Amalan yang tidak ikhlas tidak akan diterima oleh Allah S.W.T. Ikhlas itu merupakan satu rahsia dari rahsia-rahsia Allah S.W.T. yang mana para malaikat pun tidak dapat mengesannya.Malaikat akan mencatat apa yang nampak zahir sahaja segala perbuatan dan amalan manusia.

Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu wahai Muhammad dengan membawa kebenaran,oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya”

.

Marilah sama-sama kita menjauhi lapan perkara yang dinyatakan di atas yang boleh menyebabkan amalan kita ditolak oleh Allah S.W.T. Insya-Allah.


Sebarkan kebaikan • Kongsikan kebahagiaan


Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter 

#WanitaMaya

Leave a Reply