Tiada ‘Berita Buruk’ Ekonomi Malaysia Dari Bank Dunia, Media Pembangkang Bohong…

1. Sebuah portal pro pembangkang melaporkan Bank Dunia meramalkan ekonomi Malaysia pada 2018 dan 2019 menunjukkan pola penurunan tidak benar, kata Timbalan Pengarah Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC) Datuk Eric See-To.

2. Surat tulisan ‘Athena Athena’ bertajuk ‘Latest World Bank report bad news for BN’ langsung tidak disertakan dengan fakta dari Bank Dunia bahawa ekonomi Malaysia akan merudum. Hakikatnya pautan laporan pada artikel tersebut tidak menyatakan sebarang perkara negatif terhadap Malaysia.

3. Eric menyifatkan laporan ini sebagai memesong daripada fakta sebenar dan bermotifkan propaganda. Penulis menyatakan “kadar pengangguran golongan belia Malaysia melonjak kepada 12.1%” dan memberi pautan halaman statistik oleh PBB.

4. Namun jika pautan tersebut dibuka, anda akan melihat bahawa kadar pengangguran dunia adalah 13.56% – menunjukkan Malaysia berada dibawah tahap global. Pengangguran belia juga bukanlah isu baru – yang wujud sejak era Tun Mahathir lagi.

5. Malaysia sejak 2009 terus menunjukkan pola pertumbuhan positif sungguhpun baru sahaja mengalami krisis kewangan 2008 dan kejatuhan harga minyak sehingga 70%.

6. Dalam tempoh 48 tahun sejak 1964 hingga 2011, pertumbuhan tahunan Malaysia mengatasi Singapura hanya 5 kali sementara Singapura mengatasi kita 43 kali. Tetapi sejak 2011, pertumbuhan kita mengatasi Singapura selama 6 tahun berturut-turut – dan kita akan terus mengatasi mereka sekurang-kurangnya bagi tempoh dua tahun lagi sepertimana diramalkan oleh Bank Dunia.

7. Mengenai laporan media pembangkang mendakwa pertumbuhan Malaysia hanya tumbuh di bawah paras 5% pada 2018 dan 4.8% pada 2019, Eric menjelaskan ianya masih dianggap ekonomi baik. Seperti Singapura, pertumbuhan ekonomi dijangka sekitar 2-4% sehingga 2020. Sementara Bank Pembangunan Asia meramalkan pertimbuhan Singapura 2.7%pada 2018.

Sumber : MalaysianDigest.com