#Artikel : MEREKA YANG TIDAK TAHU BERSYUKUR DAN MALAS BERUSAHA AKAN SENTIASA MENCARI SALAH ORANG LAIN…

MEREKA YANG TIDAK TAHU BERSYUKUR DAN MALAS BERUSAHA AKAN SENTIASA MENCARI SALAH ORANG LAIN..

Berikut adalah ‘kezaliman’ Mohd Najib terhadap Penjawat Awam dalam tempoh 8 tahun sebagai Perdana Menteri.


1. Kenaikan Gaji 7% hingga 13% (2012). Kebanyakan syarikat swasta pula sifar kenaikan.

2. Kenaikan Pencen minimum daripada RM720 sebulan kepada RM820 sebulan iaitu bagi mereka yang telah berkhidmat selama 25 tahun atau lebih (2012).

3. Mensetarakan Pangkat-pangkat dalam perkhidmatan ATM dan PDRM dengan Perkhidmatan Awam, selaras perubahan lapisan-lapisan gred jawatan atau gred gaji .

Dan pelaksanaan kenaikan pangkat anggota Polis dan Angkatan Tentera berpangkat Konstabel, Prebet dan Lans Koperal berdasarkan time-based (2013).

4. Penetapan gaji minima daripada RM832 sebulan kepada RM1,200 ringgit sebulan (2016).

5. Melaksanakan dasar di mana pegawai lantikan kontrak yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun boleh dilantik terus secara tetap (2016).

6. Pemberian pergerakan gaji tahunan sebanyak 3% setahun kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum;

7.  Memanjangkan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada Kumpulan Pelaksana Dasar dengan peruntukan sebanyak RM15 juta (2017).

8. Mewujudkan kaedah kenaikan pangkat secara time-based kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Pegawai Perubatan.


Zalim sungguh Kerajaan kepada Penjawat Awam, kan? Apa pula yang puak pembangkang dah buat terhadap penjawat awam di negeri-negeri yang mereka perintah seperti di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan? Ada penambah-baikan!?

Ini semua bukan salah UMNO! Sudah tentulah bukan salah DS Mohd Najib. 😝

Sumber  : Facebook

Leave a Reply