#SEMUA_INI_SALAH_NAJIB?

Ramai yang copy paste dan share status seperti di dalam gambar di bawah. Mereka menyalahkan DS Najib atas perkara yang bukan-bukan.

Berikut adalah jawapannya.

1. Proton- memang hancus sejak zaman Madey. Kasi vendor2 kroni sapu duit sampai Proton bungkus. Proton bukan milik kerajaan sejak Tan Sri Syed Mokhtar takeover. Bisnes kena untung. Kalau 30 tahun buat bisnes tapi rugi, tu sebab Syed Mokhtar pun jual Proton. Tak tahan.

2. F1- Memang x menguntungkan rakyat dan projek ini x mendatangkan hasil pun. Macam mana F1 tak tutup…peminat tempatan tak support. Nak support macam mana? Kalau rakyat semua pakai Merc, pakai Ferrari, munasabah lah jugak nak gi support. Tak macam MotoGP, jentera yang bertanding Yamaha, Honda, peminat tempatan pun layan. Masuk akal lah nak support pun. Sebab tu organizer MotoGP still berminat nak anjurkan Malaysian Grand Prix.

3. Sg Besi airport- Lapangan terbang ini dah hilang nilai strategik ketenteraan lama dah. So tanah ini dijual dengan harga 400 juta tetapi akan digantikan oleh 1MDB dengan 7 lagi base ketenteraan dan 1 pengkalan udara baru bernilai berbillion ringgit!

4. 1MDB gagal- Kerajaan letak modal 1 juta, aset 1MDB 52 billion. Jadah apa gagal? 🤣

5. Ringgit Malaysia paling banyak merudum zaman Tun. 1USD= RM 4.80. Sekarang RM 4.17 kira ok. Rezab Bank Negara kita sudah hampir setengah trillion ringgit, paling tinggi dalam sejarah BNM. Malah rezab negara kita lebih tinggi dari negara maju spt Australia dan Canada. Zaman Tun, BNM bankrap sebab ada malaun tua main FOREX.

6. GST adalah sistem percukaian paling cekap di dunia. 133 negara telah amalkan dan tidak ada negara yg berpatah balik kepada SST yg kuno. GST pada nilai 6% adalah merupakan antara nilai paling rendah di dunia. Zaman Tun kita kena cukai SST sebanyak 16%. Peniaga caj kita tapi tak beri pada kerajaan dan masuk kantung sendiri. GST bagus.

7. Tol semakin bercambah?- Ini bullshit. Tol ni adalah akibat kebodohan Tun. Tun sendiri ngaku Tun bodoh bab ni. DS Najib arah Khazanah beli saham PLUS sehingga harga tol stabil dan tak naik2 lagi dah. Kalau tak dulu hampir setiap tahun naik. DS Najib bina Pan Borneo yang jaraknya jauh lebih panjang dari lingkaran lebuhraya PLUS TANPA TOL.

8. Kedai 1M tutup- Ini adalah fitnah. Ia ditutup untuk tujuan upgrade ke tahap lebih besar.

Kalau kedai ni ada pun korang maki. Bila takde pun ko tension. Kevavian sungguh.

9. Hutang negara semakin tinggi- Hutang negara ada internal dan external debt. Internal debt kita yang tinggi. Internal debt ni hutang rakyat beli rumah, loan kereta, kredit kad, PTPTN etc.

Hutang external negara masih ok.

US, Singapore, Jepun , UK hutangnya trillions…tak bankrap pun.

10. Minyak naik- Subsidi minyak tidak adil. Orang yg pakai Pagani Zonda dan Bugatti Veyron macam Mokhzani dan kroni2 Tun saja yang ambik manfaat maksima. Sebab itu subsidi ini ditarik balik dan harga minyak diapungkan. Rakyat dibantu dengan BR1M untuk meringankan kesan rasionalisasi subsidi. Kenaikkan harga minyak kita adalah mengikut pasaran global. Jika kita mahu minyak murah dengan subsidi tinggi spt yang pembangkang contohkan Venezuela pada tahun 2013, lihatlah bagaimana hancurnya Venezuela kini.

11. Jenayah semakin meningkat- Ini pun salah Najib gak? Aisey…macam la Zaman Tun takde jenayah. Al Maunah, Bentong Kali, pembunuhan Canny Ong, Mona Fandey ni semua salah Tun ka?

12. Harga barang naik- Takde satu negara pun dalam dunia yang harga barang kekal atau turun. Kalau ada sila migrate pi sana.

Ada satu perkara yang kekal harga dah berpuluh2 tahun di negara kita iaitu caj perubatan.

13. Rakyat ramai menganggur- Ini adalah penipuan.

Kadar pengangguran negara kita adalah pada kadar 3.3% (tahun 2017). Nilai ini jauh lebih baik dari kadar pengangguran Korea Selatan (4.4%), US (9.6%) dan Kesatuan Eropah (9.5%).

Pada zaman Tun, kadar pengangguran kita adalah hampir 5%! Sejak tahun 2010 sehingga 2016, DS Najib telah berjaya mewujudkan 1.8 juta pekerjaan baru untuk rakyat Malaysia melalui Program Transformasi Nasional.

14. Pelabur asing keluar dari Malaysia?- Kekarutan apakah ini??? Saudi, China, India, Bahrain, US dan banyak lagi datang melabur beratus2 billion ke dalam negara kita! DS Najib telah berjaya membawa masuk RM 400 billion pelaburan asing hanya dalam tempoh 7 bulan dari November 2016 sehingga Mei 2017.

15. Ahli UMNO ramai keluar- Hihihi. Hari2 kita dengar pemimpin pembangkang yang ramai tinggalkan depa. Untuk rekod, ahli UMNO keluar besar2an dari UMNO ni pernah terjadi zaman Semangat 46 dan ketika pemecatan DSAI. Kedua2 ni zaman Tun. Tapi UMNO relax gak kekal memerintah.

16. PTPTN disekat- Ni apa le yang dia ni mengarut. First time dengar.

17. Arak dah jadi budaya- Laaa….yang kasi venue pesta arak Kerajaan Selangor. Ni pun salah DS najib dan UMNO? jadah apa ni?

Saja nak tambah…San Miguel tu anak2 Tun punya. 🤣

18. Warga asing bertambah- Memang la bertambah. Negara kita makmur ekonomi. Depa berebut2 mai nak cari makan. Negara ekonomi teruk memang depa tak pi la.

19. Kapalterbang hilang- Aisey…ni nahas. Takkan ni pun salah Najib? 2 kapal terbang MAS terlibat.

Tapi 30 billion wang negara hilang sebab main FOREX tu memang pasti.

Skyhawk tu 48 pesawat hilang kat gurun tak pernah tiba ke Malaysia. Apa cer? Zaman siapa Menteri Pertahanan tu?

20. Elektrik naik- Ni salah Tun la ni wujudkan IPP utk kayakan kroni mcm YTL dan Ananda.

Bila 1MDB beli Edra ko jugak sakit hati. Sedangkan pembelian ni utk elak kroni suka suki naikkan harga. Zaman DS Najib kroni xleh cari makan.

21. Kedai Game makin banyak- Lesen perjudian ni semua kan milik Vincent kawan Tun. Tun siap hadiahkan lesen perjudian sukan paling besar pada Vincent sebelum pencen pada tahun 2003.

DS Najib lah yang telah menggantung lesen ini pada tahun 2010 sehingga menimbulkan kemarahan Tun yang membuat kenyataan, jika beliau PM, beliau akan luluskan.

22. Tambang bas naik- Aisey….yang ni tak payah ulas banyak. Semua sedia maklum transformasi raksasa yang DS Najib lakukan untuk pengangkutan awam negara. Kini pilihan pengangkutan awam begitu banyak dengan adanya alternatif tren yg moden.

Projek bas Intrakota zaman Tun lingkup dan DS Najib lah yang telah menghidupkan dan memodenkannya dengan Rapid.

Zaman Tun, Puduraya adalah tempat busuk, tak selamat, daif dan sesak.

DS Najib bina Terminal Bersepadu Selatan yang begitu model dan selesa persis terminal airport utk rakyat.

23. Felda jahanam- Aik? Jahanam apa? Tiap2 tahun peneroka dapat durian runtuh! 🤣

Zaman Tun Felda pun dia tak pandang. Harga getal sawit jatuh pun x peduli. Tun ada Petronas dan sibuk rugikan negara dengan Proton. 🤣

24. Nombor gelap tambah naik- Ni aku tak faham apa dia cuba cakap. Kutuk skandal BMF ka?

Tambahan:

25. Tidak pernah ada kelewatan pemberian gaji zaman DS Najib. Hatta sekupang pun gaji tak pernah kena potong. Gaji staf gomen siap naik berganda2 zaman DS Najib.

Zaman Atok dah la gaji tak naik, siap kena potong lagi. Malah pernah semasa zaman gawat ekonomi, gaji tertangguh x bayar sampai 2 bulan!

#RinduZamanTun

Kredit: Abdul Rahman Abdul Kadir

sumber – FriendsofBarisanNasional

Leave a Reply