COPD adalah sejenis penyakit yang kronik menyebabkan pesakit mengalami sesak nafas dan batuk yang semakin teruk yang berterusan dari semasa ke semasa. Dalam erti kata lain, sejenis penyakit yang menyerang paru-paru. COPD ini berlaku apabila laluan udara dalam paru-paru menjadi rosak dan saluran udara menjadi semakin kecil dan sempit yang berlaku selama bertahun-tahun.

Jika tidak dicegah dan dirawat di peringkat awal, COPD boleh menjejaskan mutu kehidupan seseorang dan menyebabkan kesukaran untuk melakukan rutin harian seperti naik tangga, berkerja dan berjalan kaki.

COPD-diagram_160331_100539

Kesan-kesan utama COPD

 

  • Sesak nafas
  • Batuk yang berterusan
  • Berdehit
  • Pengeluaran kahak yang meningkat

Beberapa daripada gejala ini sering dikelirukan orang sebagai tanda meningkatnya usia, kurang cergas tubuh badan dan menganggapnya sebagai masalah lama atau sakit tua.

Kesan-kesan umum masalah paru-paru

  • Sukar bernafas.
  • Nafas menjadi pendek (tercungap-cungap apabila bernafas).
  • Berasa seperti tidak cukup udara.
  • Kemampuan untuk bersenam berkurang.
  • Batuk yang tidak surut walaupun mengambil pelbagai jenis ubat.
  • Batuk berdarah atau berkahak.
  • Sakit atau tidak selesa apabila menarik dan menghembuskan nafas.

Punca COPD

Punca utama penyakit ini ialah MEROKOK. Dengan perokok mempunyai 12 kali kecenderungan untuk mati akibat COPD berbanding mereka yang bukan perokok. Kebanyakan kes COPD terbentuk selepas pendedahan berpanjangan kepada jelaga yang merosakkan paru-paru dan saluran udara, terutama paip, cerut, asap tembakau dan lain-lain menyebabkan sistem pernafasan menjadi sukar dan melemahkan tisu paru-paru. Kepada yang bukan perokok juga berisiko mengalami penyakit COPD ini sekiranya terdedah dengan asap rokok di berada di sekeliling anda.

Punca sterusnya, adalah pencemaran udara. Pendedahan yang berterusan kepada asap toksik serta asap dan habuk kilang-kilang sama individu tersebut bekerja di kilang atau berhampiran boleh menyebabkan risiko seseorang itu terkena serangan COPD. Bahan kimia yang digunakan di sesetengah kilang, dipercayai meningkatkan lagi risiko COPD.

Langkah-langkah mencegah COPD

Di Malaysia, kira-kira 4.5 peratus dewasa berumur 30 tahun ke atas menderita penyakit COPD. Malangnya, tiada pemulihan untuk penyakit yang merosakkan tisu paru-paru dan kebanyakan pesakit tidak mengetahui mereka menghidap penyakit itu. Namun, bukan bererti kita membiarkan penyakit ini berterusan malah kita harus mencegah dan merawat penyakit ini sebelum menjadi lebih teruk dan parah.

  • Berhenti MEROKOK

Di Malaysia, dianggarkan 50 peratus lelaki merokok, manakala wanita adalah 20 peratus daripada lebih satu bilion penduduk dunia yang merokok. Langkah pertama perlu diambil adalah berhenti merokok. Masih tidak terlambat jika anda berhenti sekarang malah anda boleh mula merasakan manfaatnya dalam beberapa hari, tidak kira berapa usia anda atau berapa lama anda sudah merokok.

Pelbagai cara diperkenalkan untuk berhenti merokok seperti klinik berhenti merokok, rawatan gantian nikotin, ubat-ubatan untuk kurangkan ketagihan merokok dan kaunseling.

  • Suntikan Vaksinasi

Mengambil suntikan vaksin selesema dan kurangkan bergaul dengan orang ramai ketika musim demam. Jangkitan virus atau bakteria selsema boleh menjangkiti orang yang menghidapi COPD dengan mudah oleh kerana mereka lebih mudah mendapat jangkitan berbanding orang yang sihat.

  • Memahami ubat-ubat COPD

Rawat penyakit ini dengan ubat mengikut nasihat doktor serta memahami ubat-ubat dan cara-cara untuk mengawal kesan COPD. Kebanyakan ubat COPD waktu ini adalah: –

  1. ubat sedutan inhaler yang disedut terus ke saluran udara dan mengurangkan kesempitan dan inflamasi saluran udara.
  2. Bronkodilator, yang mencegah dan membalikkan otot-otot yang mengetat di sekitar saluran udara (kekejangan otot pernafasan).
  3. Ubat anti-radang, yang mengurangkan keradangan dan bengkak pada saluran udara.
  4. Antibiotik boleh digunakan untuk merawat jangkitan, serangan akut, atau serangan yang semakin teruk.
  • Senaman dan pemakanan yang baik

Kebanyakan penghidapnya menjadi kurus dan mengalami keadaan reput tulang osteoporosis. Pesakit COPD memerlukan tenaga 10 kali ganda untuk bernafas dan membuat paru-paru dan jantung anda bekerja lebih keras berbanding individu normal. Pemakanan seimbang memberi pesakit tenaga untuk menjalankan tugas harian. Bincangkan dengan doktor, pengurus kes atau pakar diet anda mengenai cara-cara untuk merancang dan menyediakan makanan yang sihat. Berat badan yang sihat adalah sangat penting dalam mengawal COPD. Kawal berat badan anda untuk mengurangkan tekanan pada jantung dan paru-paru. Senaman aerobik seperti berjalan kaki dan menunggang basikal juga meningkatkan stamina dan meningkatkan keupayaan anda untuk menjalankan aktiviti harian.

  • Rawatan oksigen

Jika penyakit anda menjadi lebih teruk dan paru-paru anda tidak dapat membekalkan oksigen yang mencukupi untuk memenuhi keperluan tubuh anda, doktor anda boleh memberikan anda preskripsi bagi rawatan oksigen. Oksigen boleh diberi dengan beberapa cara seperti tangki oksigen atau ‘oxygen concentrator’. Rawatan ini membolehkan pesakit COPD kronik memperoleh kualiti hidup lebih baik.

Doktor tidak boleh menyembuhkan COPD, tetapi mereka boleh membantu memperbaiki gejala yang anda alami dan melambatkan kerosakan kepada paru-paru anda. Apabila anda mengikuti arahan doktor dan profesional penjagaan kesihatan anda,

  • Anda akan mengalami kurang sesak nafas
  • Anda kurang mengalami batuk
  • Anda menjadi lebih kuat dan sembuh lebih cepat
  • Anda akan berasa lebih ceria

“Mencegah lebih baik dari diubati”

 Sumber : JurongHealthCampuspmnues • orientalmedical • pressreader


Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter 

#WanitaMaya