Minggu lepas, jika tidak silap saya YB Rafizi Ramli di dalam akaun Facebooknya  telah mengeluarkan senarai penderma-penderma Pemurah hati yang telah menderma di dalam tabung INVOKE beliau untuk pembayaran kes saman beliau dengan National Feedlot Corporation ( NFC) . Dimana beliau dimestikan membayar saman sebanyak RM 300,000.

Jumlah keseluruhan yang beliau terima ialah RM1.5juta .Wow ! .. yang memang amat mencukupi untuk membayar saman tersebut.

IMG_5941
SENARAI PENDERMA
Screen-Shot-2017-09-25-at-8.04.12-PM
SENARAI PENDERMA

Tetapi semalam, satu Malaya dikejutkan dengan tersiarnya gambar tindakan NFC memulakan tindakan mahkamah untuk mengistiharkan Rafizi Ahli Parlimen Pandan itu sebagai Muflis diatas kesalahan memfitnah.

Persoalannya, dimanakah perginya RM1.5juta yang didermakan oleh orang ramai itu? Atau adakah ini hanya gimik mencari publisiti Rafizi?

Itukah caranya Bina Semula Negara? Tidak telus dan amanah. Jika hanya dengan Rm1.5juta pun tidak boleh dipercayai bagai mana mahu di amanahkan menjaga asset negara?

Masih boleh dipercayai ke YB Pandan ini?

Picture1
NOTIS KEBANKRAPAN KEPADA YB RAFIZI

 

– Intan Rahim WM

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter