CERITA SUBSIDI – UNTUK YANG KURANG FAHAM…

Kita sering dengar perkataan “subsidi” dan istilah “penarikan subsidi”. Perkataan dan istilah ini sering digunakan oleh pihak pihak tertentu sebagai satu modal politik untuk mencari sokongan rakyat dan pengundi.

Tapi ramai yang kurang faham apa sebenarnya subsidi dan apa tujuan subsidi diberikan atau mengapa subsidi ada. Ramai yang anggap bahawa subsidi itu satu hak rakyat dan penarikan subsidi adalah penarikan satu hak dari rakyat oleh kerajaan.

Kita cuba tingkatkan kefahaman kita tentang isu subsidi ini supaya kita dapat lebih memahami dan pertimbangkan yang baik dan yang buruk tentang isu subsidi dan perubahan polisi subsidi.

APA ITU SUBSIDI?

Subsidi adalah sebentuk bantuan kewangan atau bantuan kerajaan kepada satu sektor ekonomi (institusi, perniagaan, atau individu) secara amnya dengan tujuan mempromosikan dasar ekonomi dan sosial.

Pada masa kini, bagi kebanyakan orang, subsidi bermakna bayaran dari kerajaan kepada seseorang atau syarikat untuk menetapkan harga barangan supaya harganya rendah. Kebanyakan subsidi sememangnya diberikan dalam bentuk itu.

BENTUK SUBSIDI

Subsidi datang dalam pelbagai bentuk termasuk subsidi secara langsung (seperti geran tunai, pinjaman tanpa faedah dan sebagainya) dan tidak langsung seperti (seperti rebat sewa dan cukai).

Bentuk subsidi juga boleh dikategorikan kepada subsidi luas dimana semua rakyat dapat menikmati subsidi itu atau yang kurang luas yang ditujukan kepada satu kumpulan.

Bentuk subsidi yang paling biasa adalah subsidi kepada pengeluar dimana pengeluar tidak dibenarkan untuk menjual dengan harga mengikut permintaan pasaran tapi dengan harga yang ditetapkan oleh kerajaan. Dalam senario ini, kerajaan akan memberikan bantuan kepada pengeluar dalam bentuk dana tunai atau pengurangan cukai supaya pengeluar tetap akan meraikan keuntungan walaupun harga barangan ditentukan oleh kerajaan.

Seringnya subsidi cara ini dilakukan untuk barangan keperluan dasar seperti beras, gula,tepung, petrol dan sebagainya.

Subsidi konsumsi juga subsidi yang paling sering diadakan oleh pemerintah. Jenis-jenis subsidi ini adalah yang paling biasa di negara-negara membangun di mana kerajaan memberi subsidi seperti subsidi listrik, air, pendidikan dan perawatan kesihatan atas dasar semua orang harus dapat menikmati perkhidmatan asas.

APA TUJUAN SUBSIDI?

Tujuan subsidi bukan untuk membantu perniagaan yang sudah meraih keuntungan atau untuk menguntungkan peniaga atau untuk menambah keuntungan peniaga. Tujuan subsidi bukan untuk dinikmati oleh mereka yang kaya atau yang sudah mencapai tahap kehidupan yang dianggap berkemampuan tinggi. Tujuan subsidi bukan untuk meraih polulariti buat satu pemerintah.

Tujuan subsidi lebih luas dari apa kebanyakan orang sangkakan atau fikirkan. Subsidi bertujuan:

1. Membantu yang kurang berkemampuan – Subsidi dapat memberikan golongan yang kurang berkemampuan kesempatan untuk menikmati barangan dan servis dengan harga yang lebih murah yang mungkin mereka tidak mampu jikalau tiada subsidi.

Subsidi sebegini diberikan dalam bentuk mengurangkan harga satu barangan atau servis seperti pendidikan percuma atau dengan harga murah, perawatan kesehatan yang murah.

Barangan dasar seringnya diberikan subsidi supaya rakyat, lebih lebih lagi dari golongan miskin, mampu membeli barangan dasar atau perbelanjaan untuk barangan dasar kurang membebankan golongan miskin.

2. Mengawal inflasi – inflasi adalah kenaikan harga barang dalam satu ekonomi akibat dari berlebihan permintaan dari bekalan dengan berkembangnya ekonomi.

Dalam keadaan inflasi yang tinggi, harga barangan akan meningkat dan golongan miskin yang akan merasa efek kenaikan harga lebih dari golongan lain. Untuk menghindarkan ini dari berlaku, kerajaan memberikan subsidi untuk menentukan harga barangan dasar tetap dalam kemampuan golongan miskin.

3. Dari aspek kesan subsidi kepada ekonomi keseluruhannya, subsidi dapat meningkatkan permintaan dalam negara. Seringnya subsidi yang bertujuan ini diberikan diwaktu keadaan ekonomi dalam kegawatan atau untuk menhindar keadaan ekonomi dari merundum hingga ke tahap kegawatan. Banyak negara memilih cara ini dengan memberikan “suntikan” kepada ekonomi dengan memberikan dana tunai untukdi belanjakan rakyat. Singapura mengamalkan pemberian subsidi dengan cara begini. Polisi ini dianggapkan sebagai satu cara untuk meningkatkan permintaan domestic dan mengalakkan perbelajaan oleh rakyat.

ADAKAN SUBSIDI SATU HAK?

Ramai yang menganggap subsidi itu satu hak rakyat. Mereka menganggap semua rakyat berhak untuk mendapatkan dan menikmati subsidi. Jadi penarikan subsidi adalah satu penarikan hak rakyat.

Tanggapan sebegini ini sangat salah dan ini sering digunakan sebagai satu modal dan retorik politik untuk meningkatkan polulariti pembangkang.

Jumlah, tahap, cara dan penerima subsidi tergantung pada polisi, prioriti dan kemampuan pemerintah. Keadaan ekonomi dan kemampuan rakyat menjadi satu perkara penting untuk dipertimbangkan apabila polisi subsidi direka,

Dari segi kemanusiaan dan hak asasi, akses kepada pendidikan, perawatan kesihatan dan perkhidmatan dasar oleh semua rakyat boleh dianggap sebagai hak rakyat. Tugas pemerintah adalah untuk mengadakan perkhidmatan ini dan seringnya perkhidmatan sebegini disubsidi.

Sama juga dengan barangan keperluan dasar. Beras, gula, minyak dan barang dasar yang lain sering disubsidi oleh kerajaan di negara dimana kemampuan rakyat rendah dan negara masih lagi membangun,

Subsidi bukan ertinya mendagakan perkhidmatan dengan percuma, tapi dengan sebahagian biaya ditanggung pemerintah. Berapa jumlah yang ditanggung pemerintah tergantung pada kemampuan, prioriti perbelanjaan dan polisi pemerintah.

Jadi selain dari perkhidmatan dan barangan dasar yang disubsidi seperti disebut diatas, barangan dan servis lain tidak boleh dianggap sebagai satu hak rakyat untuk disubsidikan pemerintah.

PERBELANJAAN KERAJAAN

Ramai yang tidak mengerti tentang perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan. Mereka lupa bahawa kos kos berkaitan keamanan dan pertahanan harus dibiyai kerajaan. Kos kos pembangunan ekonomi, pembinaan infrastruktur dan sebagainya semua harus dibayar oleh kerajaan.

Masaalah yang paling sukar yang dihadapi pemerintah dalam isu subsidi ini adalah permintaan rakyat yang tiada tahap – semua orang mahu segalanya, tapi sumber biaya pemerintah terhad.

Pemerintah harus memilih untuk berbelanja mengikut prioriti dan keperluan negara secara keseluruhan. Dalam isu subsidi, pemerintah harus memilih apa yang perlu disubsidi dan cara penyampaian subsidi ini kepada rakyat dengan cara yang paling efektif dan efisien.

SUBSIDI LUAS (CARA TRADISI)

Subsidi luas boleh dianggap sebagai satu subsidi yang diberikan oleh pemerintah yang dapat dinikmati oleh semua rakyat tidak kira tahap kemampuan. Ini termasuk subsidi air, listrik, petrol dan sebagainya. Ini diamalkan supaya beban kos sara hidup berkurangan untuk rakyat.

Berapa jumlah subsidi yang dapat dinikmati oleh rakyat tergantung kepada pengunaan. Subsidi yang disampaikan secara tradisi atau lama ini – yang lebih menguna khidmat dan barangan yang disubsidi, merekalah yang paling banyak menerima dan menikmati subsidi dari pemerintah.

Contoh:

1. Jikalau petrol disubsidi 10 sen tiap liter, orang yang berkereta besar akan menikmati lebih subsidi dari orang yang menunggang motorsikal kecil kerana pengisian tangki penuh kereta gunakan 50 liter manakala motor kecil mungkin hanya guna 5 liter. Subsidi yang diterima pemilik kereta tiap kali mengisi tangki penuh adalah RM5 manakala subsidi yang dinikmati penunggang motorsikal adalah 50 sen. Yang menaiki basikal dan berjalan kaki langsung tidak menikmati subsidi yang diberikan ini.

2. Subsidi listrik diberikan. Orang berkemampuan mengunakan pendingin hawa (air conditioner) dan yang kurang mampu tidak. Yang berkemampuan guna 20 biji lampu dalam rumah dan ada 4 set television sementara yang miskin guna 4 biji lampu dan ada satu set television. Dalam keadaan begini, yang menikmati subsidi yang lebih adalah orang yang berkemampuan.

Dengan cara pemberian subsidi secara luas dan tradisi ini, yang menikmati lebih dari pemberian subsidi ini adalah dari golongan berkemampuan.

Di zaman negara kita lagi membangun dimana jumlah yang miskin lebih dari yang kaya, mungkin polisi subsidi cara ini sesuai. Tapi, zaman telah berubah dan jumlah penduduk bertambah. Beban subsidi kepada kerajaan makin meningkat. Yang miskin telah lebik makmur.

Malaysia dari negara yang baru membangun sekarang adalah satu negara yang memiliki ekonomi yang disegani di rantau ini dan dunia. Makin ramai rakyat telah dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka dengan tahap kemampuan yang tidak lagi dianggap sebagai berkemamuan rendah. Mereka telah memasuki tahap “middle class”.

Dengan perubahan ekonomi dan perubahan demografik kemampuan rakyat, polisi polisi yang lama tidak lagi sesuai untuk mencapai matlamat polisi tersebut apabila polisi itu diadakan. Jadi perubahan perlu dibuat untuk menyesuaikan polisi subsidi dengan keadaan semasa.

Dengan ketidakseimbangan jumlah yang menikmati subsidi dimana yang mampu menikmati lebih dari yang tidak mampu, polisi subsidi lama perlu dan telah diubah. Dibawah polisi baru subsidi ditujukan kepada golongan tertentu sahaja. Yang patut menerima dan dapat menikmati subsidi lepas perubahan polisi terdiri dari golongan yang kurang berkemampuan.

Perubahan polisi dengan cara ini juga selaras dengan prinsip keadilan social dimana golongan kaya harus memikul beban lebih dari golongan miskin. Prinsip ini boleh kita lihat dari struktur cukai pendapatan dimana yang berpendapatan lebih tinggi membayar porsi yang lebih dari gaji mereka sebagai cukai dibandingkan dengan yang berpendapatan rendah.

Perubahan polisi ini bukan hanhya berlaku di Malaysia sahaja. Ia juga dilakukan pleh pemerintah di negara lain termasuk Indonesia.

Perubahan polisi ini dilakukan dengan 2 tahap.

1. Penarikan subsidi luas;

2. Subsidi diberikan kepada golongan kurang kemampuan.

Kedua tahap ini telahpun dilaksanakan untuk beberapa perekhidmatan dan barangan. Ini termasuk petrol, beras dan gula.

SUBSIDI YANG DITUJUKAN KEPADA GOLONGAN KURANG KEMAMPUAN

Subsidi yang berbentuk ini boleh dilakukan dengan berbagai cara. Antara cara yang dipilih kerajaan:

1. Memberikan bantuan tunai secara langsung kepada golongan yang patut menerima bantuan.

Polisi bantun rakyat seperti BR1M memenuhi matlamat ini. Golongan yang menerima bantuan BR1M terdiri dari golongan yang miskin dan mereka yang bergaji rendah dan sederhana yang belum boleh dianggap dalam golongan “middle class”.

2. Memberikan bantuan secara tidak langsung dengan subsidi kepada kos atau mengurangkan kos pembelian atau hutang pembelian. Ini lebih kepada program program pembelian dan pemilikan rumah kos rendah dan mampu milik.

3. Meneruskan subsidi perkdidmatan dasar dengan perbedzaan subsidi mengikut tahap perkhidmatan yang dipilih.

Perkhidmatan yang disubsidi yang termasuk dalam katerori ini adalah perkhidmatan kesihatan. Harga dan jumlah subsidi berbedza dari satu kelas kekelas lain. Yang menikmati servis kelas eksklusif membayar lebih dengan subsidi yang berkurangan disbanding dengan pesakit yang menikmati perkhidmatan biasa. Pesakit dibenarkan untuk memilih taraf perkhidmatan yang mereka mahu menikmati.

4. Mengekalkan subsidi kepada barangan tapi hanya untuk bungkusan kecil.

Kerajaan memahami bahawa yang kurang berkemampuan seringnya membeli barangan dalam jumlah atau paket kecil. Jadi subsidi dikekalkan untuk barangan yang dibungkus dalam paket 1 liter atau 1 kilo. Ini termasuk beras, gula dan minyak.

Bila dibandingkan dengan cara dan polisi subsidi sebelumnya, polisi subsidi kerajaan sekarang:

1. Subsidi sekarang lebih tepat pada tujuannya – golongan yang menerima subsidi sekarang adalah golongan yang patut menerimanya.

2. Cara subsidi sekarang lebih efisien dengan tiada ketirisan subsidi dinikmati oleh golongan yang mampu dan yang dulunya menikmati lebih subsidi dari golongan yang tidak mampu.

3. Polisi subsidi sekarang lebih adil dari polisi dahulu. Ia memenuhi aspek keadilah dan tanggungjawab social. Yang lebih mampu memikul beban yang lebih tinggi dari yang kurang mampu dalam pembiyaan kos bantuan social. Yang mampu menerima kurang dari yang tidak mampu dalam pembahagian dan kenikmatan kekayaan negara.

PROGRAM PROGRAM BANTUAN RAKYAT OLEH KERAJAAN

Kerajaan telah mereka dan mengimplimentasikan beberapa program bantuan rakyat. Ada yang masih berjalan dan ada yang sudah tidak lagi dijalankan kerana kurang sesuai atau kesulitan yang timbul dari implimentasi atau pengedalian program.

Antara program program yang telah dan masih dijalankan adalah:

Amanah Saham 1Malaysia (AS1M)

• Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M)

• Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)

• Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

• eKasih

• Inisiatif Kembali Ke Sekolah

• Interaktif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M)

• Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M)

• Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)

• Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M)

• Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M)

• Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)

• Klinik 1Malaysia

• Klinik Bergerak 1Malaysia

• Menu Rakyat 1Malaysia

• Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)

• Program 1AZAM (1AZAM)

• Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA)

• Program Susu 1Malaysia (PS1M)

• Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR)

• Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia

• Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC)

• Rawatan Perubatan Percuma bagi Warga Emas

• Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

• Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M)

• Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

• Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma)

Program program diatas ini tidak termasuk progam program lain seperti skim bantuan pemilikan rumah pertama, skim bantuan pelajar dan lain lain.

Ia juga tidak termasuk program program kerajaan negeri yang direka dan diimplimentasikan oleh kerajaan negeri dibawah BN.

KESIMPULAN

Tidak benar bahawa penarikan subsidi membebankan rakyat dan yang miskin.

Ramai yang bercerita penarikan subsidi tampa mengambikira subsidi yang digantikan.

Polisi subsidi sekarang memenuhi matlamat dan prinsip bantuan kepada yang kurang berkemampuan. Ia lebih efisien dan mengurangkan ketirisan. Ia lebih adil.

Oleh : AYAHANDA MD


Leave a Reply