Bagaimanakah anda beralih dari nikmat percutian ke kehidupan harian? Berikut adalah beberapa petua untuk mempunyai hari pertama tanpa tekanan di pejabat apabila anda kembali dari bercuti:

Masuk awal

Sekiranya anda tidak terlalu letih, pergi ke tempat kerja sejam lebih awal untuk mendapatkan informasi tentang kerja-kerja terkini. Anda mungkin mahu masa yang tenang sebelum rakan sekerja datang dan mula bertanya tentang percutian anda atau meminta anda melakukan perkara-perkara tertentu.

Buat “to do list”

Buat senarai tugasan untuk hari tersebut. Anda mungkin akan mempunyai berbagai tugas untuk dilakukan, jadi senarai dan kemudian pilih tugasan yang perlu diberi keutamaan. Anda akan berasa lebih lega setelah tugasan sudah mula dipangkah dari senarai.

Uruskan e-mail

Sudah tiba masanya untuk menangani e-mel yang bertimbun sewaktu ketiadaan anda! Jangan cuba untuk membalas sekali gus. Padamkan spam, tandakan yang memerlukan bertindak balas kemudian, dan balas e-mel yang memerlukan tindak balas segera.

Kaji semula projek

Semak status projek-projek yang sedang anda lakukan dan jika ada perkembangan baru. Sekiranya ada yang mengambil alih semasa ketiadaan anda, sila semak kerja mereka. Sekiranya perlu, buat nota untuk memberi maklum balas kepada mereka.

Check in dengan bos dan rakan sekerja

Maklumkan kepada bos/rakan sekerja bahawa anda sudah kembali. Tanya jika terdapat sebarang perkembangan baru yang perlu anda ketahui.

Take it slow

Hari pertama kembali harus digunakan untuk melakukan tugas tetap serta mendapatkan info yang telah anda ketinggalan. Elakkan untuk tidak mengambil tugas dan projek baru pada hari pertama anda supaya anda tidak terasa tertekan.


Sumber: Tips For Easing Back Into Work After Vacation

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter 

#WanitaMaya