Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) merupakan jabatan yang bertanggungjawab dalam menjaga hal ehwal penggajian pekerja termasuk penggajian Orang Kurang Upaya(OKU).

Untuk merangsang kemajuan penglibatan OKU dalam pekerjaan dan kegiatan ekonomi, JTKSM telah mengambil alternatif dalam menangani perkara ini dengan mewujudkan Geran Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU).

SBGP-OKU ini berkonsepkan “Bantu usahawan OKU membantu OKU mendapatkan pekerjaan” melalui pengembangan perniagaan usahawan OKU. Pada tahun 2016 di Perak, seramai 12 usahawan OKU telah terpilih untuk menerima bantuan di bawah skim ini.

Pemohon mestilah mempunyai kriteria-kriteria ini: –

  • Merupakan seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • Bukan kakitangan kerajaan
  • Mempunyai perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya genap 3 bulan
  • Bercadang untuk   mengembangkan perniagaan dan pengembangan adalah bertujuan untuk membuka peluang pekerjaan kepada OKU lain
  • Permohonan boleh dibuat secara individu atau berkumpulan
  • Perniagaan persatuan OKU yang berdaftar, seperti Pertubuhan Keluarga Orang-orang Bermasalah Pembelajaran (PERKOBP) dan Beautiful Gate Foundation for the Disabled adalah layak memohon.

Syarat-syarat Permohonan: –

  • Permohonan hendaklah menggunakan borang SBGP-OKU yang boleh diperolehi di mana-mana pejabat Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan. Boleh rujuk di sini Pejabat JTKSM.
  • Permohonan yang lengkap yang disertakan dengan dokumen-dokumen yang perlu hendaklah diserahkan kepada JTK yang tedekat.

Nota: –

  • JTKSM akan memantau setiap individu/ kumpulan OKU yang telah dianugerahkan geran untuk tempoh 15 bulan.
  • Lawatan ke premis akan dibuat mengikut keperluan oleh pegawai JTKSM yang dilantik. Urusetia Jawatankuasa Panel Penilai (JKPP) juga akan membuat lawatan mengejut dari semasa ke semasa.

 

Sumber: – jtksm.mohr.gov.my