SUKAN PENYATU BANGSA DAN NEGARA

Tempoh hari, kita telah menyaksikan perlawanan bola sepak separuh akhir antara dua negara serumpun, Malaysia dan Indonesia yang mana kemenangan telah berpihak kepada pasukan Malaysia dengan 1 – 0. Penyerang skuad Bawah 22 Tahun (B-22), N. Thanabalan muncul sebagai wira negara apabila jaringan tunggalnya pada lewat permainan membawa Malaysia untuk mara beraksi di perlawanan akhir pada 29 OGOS 2014 di Stadium Shah Alam menentang pasukan dari Thailand.

Thanabalan2233.transformed_0

Sorakan kegembiraan daripada puluhan ribu penyokong Malaysia yang hadir dari pelbagai negeri untuk memberikan sokongan bergema di setiap sudut stadium. Kegembiraan terpancar di wajah masing-masing apabila pasukan Malaysia dapat menewaskan pasukan dari Indonesia sehingga melayakkan Malaysia untuk mara ke final. Benarlah bahawa sukan ini boleh menyatukan seluruh rakyat Malaysia. Tanpa mengira agama, suku kaum dan fahaman politik, mereka datang memberi sokongan atas nama #Malaysia.

28thanabalan_1503822795

Bermula dengan tangisan dan berakhir dengan tangisan. Syabas kepada kedua-dua pasukan Malaysia dan Indonesia. Walaupun sebelum ini kita dihebohkan dengan insiden yang melibatkan Negara Indonesia yang mana bendera Indonesia tercetak terbalik dalam buku panduan pelaksanaan SEA Games 2017 sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan rakyat Indonesia, tetapi semalam telah membuktikan bahawa Negara Malaysia-Indonesia adalah #NegaraSerumpun melalui semangat yang ditunjukkan oleh penyokong dari kedua-dua negara tanpa ada sebarang pergaduhan atau perbalahan.

Saya nampak kemenangan Malaysia semalam bukan sahaja atas jaringan satu gol dari N. Thanabalan, tetapi ia lebih daripada itu. Kemenangan yang sebenar adalah bilamana perlawanan berakhir, pemain Malaysia mendapatkan pasukan Indonesia yang sedang terbaring dan menangis.

21056040_1616128591765675_1414633846402424427_o.jpg

Kata-kata semangat yang diberikan manakala pelukan erat menjadi penguat semangat pasukan Indonesia. Tiada guna lagi penyesalan, anda semua sudah cuba yang terbaik. Anda semua adalah juara. Tahniah pasukan Malaysia!!! anda bukan sahaja menang di atas padang, bahkan anda juga telah mengajar penyokong kedua-dua negara agar memelihara hubungan atas nama agama,  negara dan ASEAN.

Sudah agak lama tidak melihat rakyat Malaysia bersatu di bawah panji setelah leka dibuai semangat kenegerian yang melampau dan “berbangsa-bangsa”. Dari sebuah rantau nusantara yang damai, kita dipisahkan kepada dua negara yang berbeza sehingga lupa kasih dan cinta semalam betapa hakikatnya kita adalah serumpun. Tak cukup dengan itu, setelah tertegaknya negara bernama Malaysia ini, kita pula dipisahkan dengan semangat kenegerian melampau hingga melunturkan semangat nasionalisme. Percayalah betapa semangat kenegerian hanya menyebabkan kemusnahan bagi sesebuah negara bangsa.  Bak kata pepatah “ Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

Kepada #TeamMalaysia yang akan berentap di pusingan akhir bagi menentang pasukan daripada Thailand, kami daripada Team #WanitaMaya mendoakan semoga pasukan Malaysia diberi kekuatan dan semangat untuk berjuang sehabis baik bagi mendapatkan gelaran sebagai sang juara bagi merebut pingat emas dalam perlawanan akhir nanti. Ayuh Malaysia..kita #BangkitBersama

SELAMANYA KASIH INI UNTUK MALAYSIA!!!! GO MALAYSIA!!!!GO GO MALAYSIA!!!

Penulis – Wirna Ramli


Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter 

#WanitaMaya

 

 

Leave a Reply