Isnin, jam 4 petang  seluruh media di Malaysia ini memuat naik berita hangat program #NothingToHide anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Kerusi, kasut dan botol minuman melayang? Yang paling hebat percikan api suar yang dinyalakan di dalam dewan. Apa sebenarnya yang berlaku??

Dan pada masa ini, seluruh kekuatan media Parti Pakatan Harapan dikerahkan untuk membuat kenyataan bahawa kejadian itu adalah sabotaj dari UMNO. Senang sahaja mereka meletakkan semua kesalahan di atas bahu orang lain. Dewan di mana majlis diadakan adalah dewan yang berada di dalam penjagaan Pakatan Harapan. Program ini dianjurkan oleh parti tersebut sendiri dan diketuai oleh Ketua Pemuda Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Dan dikabarkan oleh penyokong beliau sendiri kawalan keselamatan adalah ketat seperti kawalan kedatangan Obama. Dan yang bertanya soalan juga adalah ahli-ahli mereka juga. Mungkin betul ada penyokong kerajaan yang hadir tetapi hanya beberapa orang sahaja dan dengan kawalan keselamatan yang KETAT, bagaimana SUAR boleh terlepas? Itu persoalannya…

nh

Setelah dibuat beberapa penelitian, penulisan di garis masa pemain media saya dapat membuat kesimpulan bahawa ianya adalah pergaduhan dalaman. Status di garis masa Page Penyokong Mukhris Mahathir sendiri mengakui bahawa kejadian ini adalah dari masalah dalaman mereka iaitu antara ahli Reformasi dan Armada.

nh2

Dari penelitian video-video yang merata disebarkan, saya boleh membuat kesimpulan bahawa segala barang yang dilemparkan adalah berpunca dari bilik audio video dewan tersebut yang mana ianya adalah kawasan paling exclusive untuk dimasuki. Bukan sorang dua yang berada didalam bilik tersebut, tetapi terdapat dalam 5 atau 6 orang. Dan barang pertama yang dibaling keluar adalah kasut diikuti oleh botol minuman dan akhirnya kerusi. SUAR tidak kelihatan dari mana arah balingannya tetapi jika kerusi boleh keluar dari tingkap, tidak mustahil untuk sebuah suar yang kecil.  Ketika kerusi dibalingkan, tiada seorang pun penonton di kawasan tersebut. Seperti dibaling bukan untuk mencederakan. Suar yang menyala itu beberapa kali bertukar tangan sepertinya ianya cuba untuk dicampakkan ke Tun Mahathir yang ketika itu masih berada di pentas tetapi telah dikepung oleh beberapa pengawal.

Hasil daripada pengamatan saya juga, ketika kejadian Lim Guan Eng tiada di atas pentas atau di belakang Tun Mahathir. Di mana dia? Mengapa beliau tiada di situ. Rasanya ketika Tun M dan Mukhris meninggalkan pentas, beliau langsung tidak kelihatan. Mengapa beliau keluar awal? Adakah beliau telah mengetahui apa yang akan berlaku? Apakah hubungkaitnya kejadian ini dengan beliau? Persoalan demi persoalan yang timbul..

Dari pemerhatian saya juga, ketika Tun Mahathir dan Mukhris bergerak meninggalkan pentas, raut wajah Mukhriz langsung tidak menggambarkan perasaan terkejut, risau, takut atau marah. Tetapi raut wajah beliau amat santai, beliau bergerak sambil tersenyum dan ketawa kecil. Pelik bukan..padahal kejadian ini boleh meragut atau mencederakan ayah beliau. Bukan perkara main-main yang membuatkan reaksi yang beliau tunjukkan adalah senyum dan ketawa. Atau sebenarnya perkara ini telah pun beliau ketahui. Cuma mungkin tak menyangka akan sehebat itu disambut dengan “bunga api” di dalam dewan.

Ulasan saya mengenai sidang media Syed Saddiq, ketua Armada yang mengaitkan kononnyq pemuda UMNO terlibat hanya kerana pemuda itu pernah bergambar dengan Dato’ Jamal amatlah dangkal. Seperti mana yang diketahui ramai, PPBM adalah serpihan dari orang-orang UMNO dan tidak mustahil ramai orang UMNO yang dulu menyokong UMNO ada di dalam PPBM. Dan setakat bergambar semua boleh bergambar. Saya juga pernah bergambar bersama Mukhris Mahathir ketika beliau bertanding MT Umno.

20819185_696661143863018_5891385090375886510_o.jpg

Jika beliau mempertikaikan mengenai terjumpa baju yang ditinggalkan dan itu yang dijadikan bukti bahawa kejadian itu adalah sabotaj UMNO, cuma mahu memberitahu beliau LETAKLAH JAWATAN kerana anda TIDAK MAMPU MEMPERTAHANKAN DAN MENJAGA KESELAMATAN TUN M.


Penulis – Intan WM #WanitaMaya

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter