KEKECOHAN FORUM NOTHING TO HIDE 2.0, KENAPA PERLU SALAHKAN UMNO ?

Forum Nothing to hide 2.0 yang dianjurkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang pada asalnya bertujuan untuk menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya menjadi kecoh apabila peserta-peserta forum yang terdiri daripada ahli-ahli Armada sendiri tidak berpuas hati dengan jawapan Tun Dr. Mahathir berhubung tragedi berdarah Memali lalu membaling suar, kerusi, kasut dan botol minuman ke arahnya.

20800211_1960287517576300_1823840604313975926_n.png

Tun Dr. Mahathir Mohamad juga seolah-olah terkelu lidah untuk menjawab soalan hadirin yang lain terutama yang berkenaan dengan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Soalan yang diajukan tidak dijawab oleh Tun Dr. Mahathir, sebaliknya memberikan maklum balas yang mengelirukan sehingga menyebabkan peserta-peserta yang hadir tidak berpuas hati.

20786025_10154718111940906_9055220557683012858_o

foto : Malaysiakini

Tidak cukup dengan itu, PPBM juga diaibkan oleh orang ramai dengan kekecohan melibatkan insiden baling kerusi, suar dan sebagainya oleh ahli mereka sendiri selepas persoalan demi persoalan yang dijawab oleh Tun Mahathir seakan-akan tidak mantap dan tidak meyakinkan mereka.

Kekecohan ini memberi tamparan hebat buat Armada dan lebih memalukan apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menyalahkan Perdana Menteri dan UMNO kononnya menjadi dalang kepada kekecohan itu.

20728859_10154718110210906_7488326300562174300_o.jpg

foto : Malaysiakini

Kenapa perlu menyalahkan UMNO??? Yang menganjurkan forum adalah PPBM, yang menapis orang masuk ke dewan adalah PPBM, moderatornya orang PPBM, sekuritinya juga orang PPBM, hadirin yang hadir penyokong PPBM, yang menjawab soalan juga Pengerusi PPBM, akhirnya mengapa mahu menyalahkan UMNO akibat kekecohan sendiri???

Mudah sungguh kerja PPBM, jika forum itu menjadi, mereka mendapat nama, bila dikutuk, UMNO dapat busuk. Begitu lah modus operandi pihak pembangkang sejak zaman dulu dan kini diperturunkan kepada Armada PPBM. Tuduhan itu semata-mata mahu menutup kelemahan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta rakan pakatan mereka.

20861834_10154718194995906_699280221809973560_o.jpg

foto : Malaysiakini

Hari demi hari semakin banyak kepincangan kepemimpinan PPBM dan pembangkang hasil perbuatan mereka sendiri. Dikala UMNO kini berusaha berkhidmat untuk rakyat memberi segala kemudahan untuk kebajikan, mereka dilihat hanya sibuk memecah belahkan perpaduan terutama perpaduan dalam kalangan orang melayu. Bangsa lain mungkin sedang bertepuk tangan melihat kaum melayu kita berpecah belah dan hanya menunggu ruang dan peluang untuk menjatuhkan kaum melayu.

20638435_499579530381212_6044450501419180171_n.jpg

Semoga rakyat Malaysia sedar dan membuka mata bahawa pembangkang kini terutamanya PPBM tiada sumbangan lain kepada negara selain memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri. Semoga negara Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang kita sayangi akan terus aman dan makmur dan Malaysia akan lebih maju ke hadapan.

Oleh – Wina – Wanita Maya #WanitaMaya


Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter

 

Leave a Reply