Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini melancarkan Majlis Pecah Tanah Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bertempat di KOTASAS Kuantan.Projek pengakutan ini bernilai RM55 bilion itu menghubungkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan merupakan salah satu projek berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia ke -11 (RMK-11).

Hadir sama dalam majlis ini adalah Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakub, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Duta Besar China Ke Malaysia Dr Huang Huikang dan Timbalan Menteri Luar Negeri China Zhang Ming.

ecrl-3

Antara faedah ECRL kepada penduduk Pantai Timur adalah Masa perjalanan yang singkat, tidak perlu melalui trafic jam, kadar kemalangan yang rendah, peluang pekerjaan dan peningkatan pendapatan, pembangunan TOD termasuk pusat perniagaan dan membeli-belah serta peluang perniagaan, kawasan perindustrian dan lojistik, pembangunan pesat Bandar sedia ada dan pertumbuhan Bandar-bandar baru.

ecrl-1

Kesemua pembangunan ini dijangka mempunyai kesan berganda kepada ekonomi negeri-negeri pantai timur khususnya dan negara secara keseluruhannya.

Masa perjalanan antara Kuala Lumpur ke Kuantan hanya mengambil masa 90 minit dengan ECRL berbanding 3 jam jika menaiki kereta sementara Kuala Lumpur ke Kota Bharu hanya mengambil masa 4 jam berbanding 7 jam dengan kereta.

Dalam pada itu bagi negeri Terengganu, terdapat lapan stesen checkpoint yang akan diwujudkan iaitu di Chukai, Kemasik Kerteh, Dungun, Pengkalan Berangan, Kuala Terengganu, Telaga Papan (Setiu) dan Kampung Raja (Besut). – Terengganu Times