5 Tahun untung 1 tahun rugi?? Pelik Bin Ajaib tapi itulah hakikat yang dihadapi oleh Tekun Nasional.

Jika Tekun Nasional rugi bagi tahun 2015 mengapa Tekun boleh mengeluarkan pinjaman yang lebih banyak pada tahun 2016? Banyak persoalan yg di lontarkan akan tetapi ini lah jawapan bagi semua persoalan itu…

TEKUN RUGI RM 209 JUTA

Kerugian terkumpul TEKUN sehingga tahun berakhir 2015 adalah RM 209.28 juta

Kumpulan sasar yang menerima pembiayaan TEKUN terdiri daripada golongan usahawan Kecil Bumiputera terutamanya golongan B40 yang berisiko serta sukar mendapat akses pinjaman bank.

Kerugian tersebut bukanlah disebabkan oleh kerugian operasi.  Ini adalah disebabkan oleh aktiviti mengklasifikasi akaun-akaun tertunggak melebihi 24 bulan sebagai akaun hutang lapuk (write off) sebanyak RM 230 juta melibatkan 27,765 peminjam tahun 1999 sehingga tahun berakhir 2014.

Malah TEKUN mencatatkan keuntungan sebanyak RM 19.5 juta pada tahun kewangan 2015 sebelum aktiviti write off ini.

Walaupun TEKUN melaksanakan aktiviti write off (hutang hapus kira), kutipan balik pembiayaan tertunggak tersebut tetap dilakukan secara agresif melalui tindakan undang-undang mulai tahun 2015.

Sehingga Jun 2016, kutipan yang telah berjaya dikutip adalah sebanyak RM 74.6 juta (18.2%) seterusnya mengurangkan hutang hapus kira.

Walau bagaimanapun kedudukan TEKUN dari segi portfolio asset adalah kukuh dengan pegangan tunai (cash reserve) sebanyak RM 523 juta. Ini menunjukkan TEKUN mempunyai aliran tunai yang diuruskan dengan baik. Pada tahun 2016, TEKUN telah mencatatkan keuntungan tahunan sebanyak RM 20.37 juta. Berdasarkan prestasi kewangan di atas, TEKUN juga berupaya untuk membuat bayaran balik pinjaman kepada kerajaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.  Untuk makluman, sumber kewangan untuk pengeluaran pinjaman kepada usahawan diperolehi melalui pinjaman daripada kerajaan yang perlu dibayar sepenuhnya.

Sebagai tambahan, TEKUN cuma memperolehi pendapatan utama melalui caj pembiayaan sebanyak 4%.  Kadar ini adalah terendah dalam industri pembiayaan mikro kredit di Malaysia dan antarabangsa,

Secara keseluruhannya, kedudukan kewangan TEKUN telah menunjukkan prestasi yang baik dengan keuntungan terkumpul (retained profit) kembali positif pada tahun 2016…

KEGAGALAN TEKUN NASIONAL DALAM MELAKSANAKAN PORTAL USAHAWAN, KAD KELAB KOMUNITI USAHAWAN TEKUN ( KKUT ) DAN CYBER MALL

KKUT merupakan satu platfom jaringan di kalangan usahawan TEKUN. Semua usahawan TEKUN  adalah secara automatik menjadi ahli KKUT.  Menerusi KKUT ini para usahawan TEKUN dapat mewujudkan Jaringan (networking) serta mengadakan kerjasama dan usahasama di kalangan mereka ke arah kebaikan  dan  kepentingan  bersama. TEKUN Nasional telah memilih seramai 10 orang usahawan TEKUN yang berjaya sebagai ahli-ahli jawatankuasa KKUT bagi setiap kawasan parlimen.

Bagi menghargai usahawan TEKUN, kad KKUT diberi kepada semua usahawan di mana pemegang kad berpeluang untuk menikmati potongan harga melalui pembelian di premis-premis terpilih.

TEKUN telah mengenalpasti kelemahan dalam pelaksanaan projek tersebut dan telah mengambil inisiatif dengan memulangkan yuran RM 2.1 juta kepada 20,446 usahawan yang terlibat serta menjawab isu.

TEKUN Nasional telah mengambil langkah-langkah agresif untuk mengutip balik pembiayaan di mana pada tahun 2013 hingga 2014, purata kutipan bulanan bayaran balik pembiayaan adalah sebanyak RM 20 – 25 juta.  Mulai 2015 purata bayaran balik bulanan yang dapat dikutip telah meningkat kepada RM 40 – 50 juta sebulan…

Jadi kesimpulannya dimana letaknya Tekun Nasional rugi??? Tekun Nasional sebenarnya bnyak membantu peniaga terutama Bumiputera supaya peniaga-peniaga ini tidak perlu berhutang dengan “Ah Long”..

Tekun Nasional bukan sebuah organisasi yg berorientasikan keuntungan (non-profit organisation) dan Tekun Nasional sebenarnya banyak membantu usahawan kecil Bumiputera yang dicemburui oleh bangsa lain dan itu lah “HAKIKATNYA”.

#MamaG #ReporterPakaiLipstik


Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter