YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah merasmikan majlis Pecah Tanah Nasyrul Quran (Pusat Percetakan Al-Quran) di Precint 14 Putrajaya baru-baru  ini. Pusat Percetakan Al-Quran ini adalah Pusat Percetakan yang kedua terbesar di dunia selepas Madinah.

Pada hari ini, secara rasminya YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah merasmikan Pelancaran Operasi Percetakan. Turut hadir ke majlis pelancaran tersebut iaitu YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom selaku Pengerusi dan YB Dato’ Ahmad Maslan selaku Timbalan Pengerusi. Turut hadir juga ke majlis tersebut, YBhg. Dato’ Latif Mirasa selaku CEO Nasyrul Quran.

IMG-20170613-WA0057

 

YB Dato’ Ahmad Maslan yang merupakan salah seorang Pemegang Amanah bersama YBhg. Dato’ Latif  Mirasa, Pengerusi Yayasan Restu sejak tahun 2000 iaitu sekitar 17 tahun lalu telah membantu melaksanakan pengeluaran 9 mushaf Al-Quran tulisan tangan berhias penuh dan boleh dicetak di Kompleks Taman Seni Islam Antarabangsa Shah Alam.

IMG-20170613-WA0051

Di Nasyrul Quran Putrajaya, mereka berhasrat untuk mencetak lebih kurang 1 juta pelbagai saiz & mushaf Al-Quran setahun untuk disebarkan secara percuma di Malaysia dan kepada umat Islam minoriti di seluruh dunia. YB Dato’ Ahmad Maslan mewakili Nasyrul Quran  mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai atau individu secara wakaf. Mudah-mudahan usaha ini diberkati dan dibantu oleh Allah S.W.T.

IMG-20170613-WA0055

Semoga semakin ramai umat islam yang celik Al-Quran di Malaysia khasnya dan diseluruh dunia amnya.

 

Penulis : Intan Rahim