Acap kali kita terlihat. Si ibu bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengemop lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan pelbagai lagi…

• Sedangkan si anak dara bersenang lenang di depan tv, menghadap laptop, dan bermain smartphone.

• Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas dan ada yang buat sambil lewa sebab terpaksa.

• Tak kurang juga anak lelakinya,mana mahu nak buat kerja-kerja perempuan.

Budaya anak menjadi RAJA semakin berleluasa sekarang.

Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi “hamba” sedari kecil !

• Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka.

• Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila ditempat ibu bapa mereka.

Alasannya?

• “Kesian anak tu kecik lagi..”

“Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?”

• “Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je..”

Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi “hamba” anak sampai ke tua.

• Dah kahwin beranak pinak pun bila balik kampung masih nak menyusahkan mak pak. Ini terjadi dalam dunia masa kini.

• Baju laki bini anak beranak mak basuh.

• Makan laki bini anak beranak mak masak.

Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedari kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila menginjak dewasa.

• Mereka akan buat secara terpaksa

• Mereka akan buat hanya bila disuruh kerana tiada kesedaran dalam diri mereka

Dan yang akan menjadi hambanya ialah mak pak mereka.

• Sementara si anak sedap menggoyang kaki !

Jadinya. Sedari umur anak 2 tahun, pupuklah mereka perlahan-lahan sesuai dengan usianya.

Bila besar mereka akan mampu berdikari

• Usah terlalu kasihankan anak

• Jangan terlalu memanjakan anak

• Ajar mereka erti susah payah sejak kecil

• Ajar mereka tentang kerja rumah

• Ajar mereka erti kehidupan

• Pupuk kesedaran dalam diri mereka

• Yang perempuan didik mereka kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah. Didik mereka tentang pentingnya kebersihan

• Yang lelaki, ajar mereka buat kerja seperti mencuci kereta, mengangkat barang. Ajar mereka kerja-kerja perempuan, tak salah itu. Malah lebih baik

Biarkan orang nak kata kita buat anak macam orang gaji atau hamba

Abaikan mulut-mulut puaka mereka-mereka yang hanya tahu mengata sedangkan mereka tidak berada di tempat kita

Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi HAMBA. Agar besar nanti dia tidak menjadi RAJA

Semoga Bermanfaat