Untuk kekal sihat dan bertenaga di bulan puasa, jom kita amalkan tips-tips berikut agar kita dapat menjalankan ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain dengan lebih sempurna dan selesa..

 

  1. Bersahur

Kita disunatkan untuk bersahur, tujuannya adalah kerana makanan ketika sahur akan memberikan lebih tenaga yang lama untuk kita sepanjang seharian berpuasa.

  1. Tidak makan berlebihan ketika sahur

Ketika sahur, elakkan makan makanan terlalu berlebihan kerana pengambilan makanan yang berlebihan akan menyebabkan tenaga untuk mencerna makanan bertambah. Kesannya akan membuat kita cepat letih dan mengantuk. Makan sahur secukupnya dan semua makanan tersebut hendaklah mengandungi zat utama seperti karbohidrat, vitamin, mineral, dan protein.

  1. Pengambilan makanan berkarbohidrat kompleks

Karbohidrat kompleks akan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama dan tidak mudah berasa lapar saat berpuasa. Karbohidrat kompleks adalah jenis karbohidrat yang tidak langsung dicerna oleh tubuh. Jenis makanan berkarbohidrat kompleks memiliki serat tinggi dan berfungsi untuk menstabilkan kadar gula di dalam darah seperti beras merah, gandum, oat, limau, buah epal, anggur, brokoli, lobak, bayam, ubi kentang, ubi kayu dan kacang merah.

  1. Pengambilan makanan yang mengandungi protein

Ketika berpuasa, banyakkan mengambil makanan yang mengandungi protein kerana selain bermanfaat agar kita tidak mudah merasa lapar, juga dapat mencegah penyusutan otot. Makanan yang mengandungi protein yang tinggi ialah putih telur, ikan, ayam, daging, dan kekacang.

  1. Pengambilan makanan Good Fat (HDL)

Good fat atau HDL berfungsi sebagai sumber tenaga selain bermanfaat untuk menurunkan kadar kolesterol dan risiko penyakit jantung seperti ikan, avokado, kekacang dan minyak zaitun.

  1. Kurangkan pengambilan garam dalam makanan

Ketika berpuasa, kurangkan penggunaan garam yang berlebihan dalam makanan anda. Pengambilan makanan dengan kandungan garam yang tinggi akan menyebabkan tubuh anda lebih cepat mengalami dehidrasi dan berasa lapar.  Pengurangan garam dalam makanan juga bermanfaat untuk mencegah serangan jantung dan strok.

  1. Banyakkan minum air putih ketika sahur dan berbuka

Pastikan anda minum air putih minimum 8 gelas sehari untuk mendapatkan kecergasan sepanjang hari dalam bulan puasa.

  1. Tidak tidur selepas sahur

Elakkan tidur selepas makan sahur kerana boleh menyebabkan kita menjadi lemah dan tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya ketika mengantuk, buat senaman ringan agar badan sentiasa segar dan terasa ringan.

  1. Bersukan

Bersukanlah secara teratur dan berkala meskipun saat anda berpuasa kerana dengan bersukan, tubuh badan anda akan tetap sihat dan segar. Waktu yang terbaik untuk bersukan pada bulan puasa ialah ketika menjelang waktu berbuka puasa. Ambik masa dalam 10-15 minit bersukan sebelum berbuka puasa.

  1. Segerakan berbuka

Ketika masuk sahaja waktu berbuka, kita disunatkan untuk segera berbuka puasa. Biasakan makan kurma, minum air dan makan secukupnya terlebih dahulu saat berbuka. Setelah selesai solat tarawih, barulah kita menjama makanan yang lain untuk mengelakkan rasa mengantuk dan berat badan.


Penulis – Wir | WMayaTeam

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter