Tujuan SABK S ini adalah untuk: –

  • Mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran
  • Mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
  • Mempertingkatkan kualiti pengurusan sumber manusia
  • Mempertingkatkan kualiti prasarana dan kemudahan

Kelebihan sekiranya berdaftar sebagai SBAK

 

 

Sekolah

·      Menerima bantuan sumbangan bagi urusan pentadbiran sekolah

·      Menerima bantuan modal bagi menampung keperluan pembangunan fizikal sekolah

·      Menerima bantuan isentif (SAR sahaja) setelah Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani

·      Menerima guru terlatih sekiranya guru sedia ada tidak mencukupi

·      Kurikulum agama dan pelaksanaan Sijil Tinggi Agama (STAM) dikekalkan

 

 

Guru & Kakitangan

·      Berpeluang diserap ke dalam perkhidmatan kerajaan

·      Berpeluang menikmati gaji dan elaun yang setaraf dengan kelayakan

·      Berpeluang mendapat kenaikan pangkat

·      Berpeluang mendapat kemudahan kerajaan

·      Berpeluang mengikuti kursus ikhtisas

·      Berpeluang melanjutkan Pelajaran

·      Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti KPM

 

Murid

·      Berpeluang mendapat bantuan

·      Berpeluang bersaing dengan murid-murid aliran perdana

·      Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti anjuran KPM

·      Berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah KPM yang terbaik

·      Berpeluang mendapat pendidikan yang lebih berkualiti

Syarat Pendaftaran SABK.

  • Sudah berdaftar dengan Jabatan Agama Negeri (JAIN)
  • Melaksanakan sesi persekolahan sepenuh masa
  • Menggunapakai dwi-kurikulum (kurikulum agama dan kurikulum kebangsaan)
  • Mempunyai murid sendiri yang mengambil peperiksaan awam KPM
  • Mendapat persetujuan semua pihak yang berkepentingan terhadap sekolah
  • Mempunyai bangunan sendiri
  • Bangunan dibina di atas tapak tanah yang berstatus wakaf
  • Memenuhi syarat keselamatan, kesihatan dan perancangan Pihak Berkuasa Tempatan
  • Bilangan murid melebihi 150 orang
  • Tidak menanggung hutang

 

Cara memohon SABK

Screen-Shot-2017-05-02-at-9.58.50-AM