Perkara pertama dalam melawan mabuk udara adalah mengetahui apa yang berlaku. Isu ini berlaku apabila telinga anda mengesan pergerakan yang mata anda tidak nampak dan sebaliknya, apabila mata anda menangkap pergerakan tetapi badan anda tidak dapat mengesannya.

Menurut kajian University of Maryland Medical Centre, ketidakseimbangan ini boleh menyebabkan beberapa gejala: berpeluh sejuk, kulit pucat, sakit kepala, pening, loya, meningkat air liur, keletihan, dan muntah-muntah.  Kajian dari 23andMe, kumpulan genetik di Oxford Akademik on Human Molecular Genetics berkongsi bahawa kira-kira 1/3 orang mengalami mabuk kereta, di mana punca-puncanya serupa dengan mabuk udara.

Tetapi terdapat beberapa cara mudah untuk mengelakkan kesan-kesan sampingan, atau sekurang-kurangnya membantu mengurangkan mabuk anda.

1. JANGAN MEMBACA BUKU/MESEJ DALAM HP

Walaupun doktor menyarankan menumpukan pandangan pada satu titik stabil apabila anda mengalami mabuk, membaca tidak akan memperbaiki keadaan anda. Apa yang anda lakukan adalah menambah lebih pergerakan yang boleh melanjutkan ketidakseimbangan dalaman anda.

2. TEMPAT DUDUK YANG PALING STABIL

Tempat duduk yang lebih dekat dengan bahagian depan pesawat  dan bersebelahan sayap pesawat lebih stabil daripada yang lain.

3. AWASI PEMAKANAN SEBELUM MENAIKI KAPAL

Aircraft Owners and Pilots Association mencadangkan mengambil makanan yang ringan pada malam sebelum dan pada hari terbang. Elakkan memakan makanan tinggi kalori, makanan masin (yang akan menyebabkan dehidrasi) dan makanan berminyak (mengganggu perut anda)

4. AIR VENT (LUBANG/LOHONG/BOLONG UDARA)

Alihkan lubang udara agar menghala terus kepada kepala anda untuk memberikan sedikit kelegaan semasa pening dan loya.

5. ACUPRESSURE

Untuk mabuk, cuba gunakan ibu jari anda untuk menekan pergelangan tangan anda (kira-kira dua inci dari  bahagian kedut pergelangan tangan). Tahan untuk beberapa minit dengan tekanan yang berbeza-beza bagi mengenalpasti jenis tekanan yang sesuai dengan anda.

6. HALIA

Halia membantu sistem pencernaan anda. Gula-gula halia keras boleh mengelakkan ketidakselesaan perut. Serbuk halia juga boleh ditambah kepada minuman teh  yang dihidang semasa dalam pesawat.

7. SEDIAKAN DRAMAMINE

Jika semua tips di atas gagal, terdapat juga ubat untuk membantu membendung mabuk. Tetapi sesetengah ubat-ubatan ini boleh menyebabkan mengantuk teruk.

Sumber : www.travelandleisure.com


Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter