Keistimewaan dari segi Bantuan Kewangan untuk OKU dari Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya

Jenis Bantuan Tujuan Bantuan Kadar Bantuan
Elaun Pekerja Cacat (EPC) • Sebagai penyenggaraan pendapatan (income maintenance) untuk memenuhi keperluan asas kehidupan.

• Sebagai insentif untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.

RM350.00 sebulan
Geran Pelancaran (GP) • Geran ini membolehkan Orang Kurang Upaya melancarkan rancangan jayadiri mereka agar dapat berdikari dengan usaha sendiri. Maksimun RM2700.00

tempoh kaji semula iaitu seliaan dibuat setiap tiga (3)

bulan.

 

Bantuan Alat Tiruan Dan Alatan Sokongan • Membantu OKU kurang kemampuan untuk membeli alat tiruan atau alat sokongan seperti kaki palsu, kalipers, tongkat tangan / ketiak cermin mata ,alat pendengaran dan lain -lain

 

Kadar sebenar alat Tiruan/Sokongan
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar • Membantu meringankan bebanan perbelanjaan penjagaan yang dihadapi oleh keluarga penjaga.

• Menggalakkan penjagaan yang lebih sempurna kepada kumpulan sasar OKU dan pesakit Kronik terlantar.

RM300 sebulan

tempoh kaji semula selama 12 bulan

Bantuan OKU Tidak Bekerja • Untuk mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan golongan OKU.

• Mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan.

RM200 sebulan

tempoh kaji semula adalah selama 12 bulan

Bantuan Tongkat Putih “ White Cane” dan Mesin Braille  

Kerajaan kini membiayai sepenuhnya pembelian “White Cane” dan Mesin Braille bagi mereka yang kurang upaya penglihatan

SUMBER DAN MAKLUMAT LANJUT DI SINI


Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter