Jika anda memandu atau berjalan di luar, pasti banyak kali anda akan terserempak dengan van sekuriti berlogokan Securiforce. Amat mudah untuk mengecam van tersebut kerana logonya yang besar dan dari jauh dah kelihatan. Bank-bank juga banyak menggunakan perkhidmatan Securiforce dalam khidmat penghantaran wang ke mesin ATM contohnya, jadi amat kerap kita akan dapat melihat operasi syarikat ini di merata-rata tempat.

Tahukah anda kisah di sebalik syarikat Securiforce ini? Pasti tak ramai yang ambil pusing mengenai asal-usul syarikat tersebut tetapi tidak ramai yang mengetahui tulang belakang syarikat keselamatan itu adalah seorang wanita Melayu yang dah menghadapi jatuh bangun dunia perniagaan selama lebih 30 tahun.

iluminasi maznah hamid entrepreneur ahli perniagaan tokoh marketing securiforce4

Datuk Maznah Hamid adalah anak kelahiran Jerlun, Kedah Darul Aman. Berasal daripadada keluarga yang miskin, kehidupan awal Datuk Maznah tidak bermula dengan indah. Akibat berlakunya perpecahan dalam keluarga membuatkan beliau telah dibesarkan oleh datuk dan nenek beliau semenjak berumur 5 tahun. Tidak banyak kisah yang diketahui ketika zaman remajanya, beliau bersekolah di Sekolah Menengah Ayer Hitam, Kedah dan kemudian menyambung pelajaran dalam bidang linguistik. Selepas tamat belajar, beliau bekerja sebagai guru bahasa di beberapa tempat.

Ketika mula bekerja sebagai guru bahasa di syarikat multi nasional, Datuk Maznah diberi kesempatan untuk berjumpa dengan golongan-golongan usahawan serta tokoh korporat yang tidak segan berkongsi ilmu dengan beliau. Pengaruh yang diterima beliau akhirnya membuatkan minat beliau untuk menceburi bidang perniagaan meningkat naik. Jika selama ini beliau mempunyai tanggapan yang sempit, pertemuan dengan “orang-orang kaya” mengubah pandangan beliau tentang potensi diri yang beliau ada.

Seperti pucuk dicita ulam mendatang, beliau dan suami diberikan tawaran untuk mengambil alih sebuah syarikat keselamatan yang telah pun beroperasi beberapa ketika, yang pada ketika itu yang sedang berada dalam keadaan gawat. Keputusan tidak diambil dengan mudah.

Berpandukan kepada pengalaman menghadiri rumah kedutaan asing yang dilihatnya mempunyai keperluan keselamatan yang tinggi, Datuk Maznah dan suami terjun ke dalam bidang keselamatan tanpa sebarang persediaan. Berbekalkan modal $5000, beliau nekad mengambil alih syarikat berkenaan lalu dinamakan sebagai Securiforce Sdn.Bhd, gabungan perkataan ‘Secure’ dan ‘Force’ yang melambangkan kekuatan atau jika diterjemahkan, “kuasa selamat.” Semua ini beliau lakukan, tanpa ada apa-apa pengetahuan tentang perniagaan apatah lagi tentang hal ehwal keselamatan.

Jika selama ini beliau mempunyai tanggapan yang sempit, pertemuan dengan “orang-orang kaya” mengubah pandangan beliau tentang potensi diri yang beliau ada.

 

iluminasi maznah hamid entrepreneur ahli perniagaan tokoh marketing securiforce5

Securiforce bermula dengan menggaji lima orang pengawal keselamatan. Oleh kerana kekurangan peruntukan dan suntikan modal, Datuk Maznah sendiri bertindak sebagai pengurus dan pekerja dalam pengurusan Securiforce.

Kekangan berlaku apabila wang modal telah kehabisan dan permohonan untuk pinjaman bank telah ditolak, Datuk Maznah nekad menjual rumah untuk mendapatkan suntikan modal Securiforce. Atas tindakan itu, mereka suami isteri a terpaksa berpindah ke kawasan setinggan untuk memastikan syarikat terus berjalan. Menurut beliau, 10 tahun pertama Securiforce adalah waktu mereka suami isteri menderita. Datuk Maznah sendiri pernah menjadi pengawal keselamatan di pasar raya dan suami beliau pula perlu melakukan rondaan di kawasan rumah pelanggan.

iluminasi maznah hamid entrepreneur ahli perniagaan tokoh marketing securiforce

Kini, berkat usaha gigih beliau suami isteri, kat mana-mana saja kita boleh nampak van Securiforce. Kalau nampak van syarikat lain, rasa janggal pula walaupun pada awal penubuhan Securiforce, mereka terpaksa bersaing dengan bermacam lagi syarikat keselamatan yang telah lama wujud.

Securiforce kini mempunyai 65 cawangan, tenaga kerja seramai lebih enam ribu orang dan peralatan seperti senjata api serta van sekuriti. Sesuatu yang membanggakan adalah semua van sekuriti kalis peluru yang dimiliki oleh Securiforce adalah direka dan dihasilkan sendiri oleh mereka. Satu fakta yang perlu diketahui ramai berkenaan corak perniagaan beliau adalah selepas kegagalan mendapatkan pinjaman bank untuk memantapkan kedudukan kewangan Securiforce pada peringkat awal, semua perniagaan beliau dimulakan tanpa mendapat sokongan pinjaman dari mana-mana institusi.

datuk maznah hamid

Jadi kepada anda yang pernah mengalami kegagalan mendapatkan pinjaman bank, ingatlah jangan bersedih dan imbau kisah Securiforce; bagaimana Datuk Maznah Hamid menubuhkan empayar keselamatan ini sehingga kita boleh nampak van mereka berjalan merata-rata dengan hanya bermodalkan lima ribu ringgit dan sebiji rumah.

Artikel Oleh  • iluminasi.com