Peralatan dapur “Stainless Steel” lebih tahan kepada hakisan daripada bahan-bahan lain dan juga sangat popular buat masa ini. Tetapi ia juga mudah kelihatan kotor dan keruh.

Berikut adalah panduan tentang pembersihan dan mengekalkan peralatan ‘Stainless Steel” anda.

1. Sentiasa mengelap mengikut arah urat keluli

Stainless steel mempunyai urat seperti pada kayu. Lihat dengan teliti pada peralatan atau countertop dan anda akan dapat melihat beberapa baris garis halus berjalan di sepanjang permukaan. Ini boleh mengelakkan kotoran daripada membina di antara retak kecil urat keluli dari masa ke masa dan mengekalkan sinar dan kecantikan “Stainless Steel” anda.

2. Elakkan calar dengan menggunakan kain microfiber

Permukaan “Stainless Steel” boleh tercalar dan menjadikannya kurang cantik. Lap dengan kain microfiber, yang mempunyai gentian halus yang pendek dan tidak akan merosakkan permukaan. Elakkan juga daripada menggunakan kertas tisu dapur.

3. Perbersihan “Stainless Steel” adalah proses 2 langkah

Mula-mula, sembur cuka pada permukaan peralatan dan lap menggunakan kain microfiber mengikut arah urat. Kemudian, gilap permukaan dengan beberapa titik minyak (mineral atau zaitun) pada kain microfiber lain, sekali lagi mengikut arah urat.

Lakukan sekali seminggu atau setiap kali anda mula melihat banyak tanda air, jalur-jalur, cap jari pada permukaan peralatan.

4. Penyelengaraan harian lebih mudah

Untuk pembersihan harian, hanya gunakan air dan sabun pencuci pinggan bersama-sama dengan kain microfiber. Pastikan anda mengeringkan kawasan itu – dengan kain kedua – selepas membersih untuk mengelakkan “water spots” dan kesan hakisan halus daripada kandungan mineral dalam air.

5. Tidak perlu Pembersih Khusus

Anda tidak perlu membeli bahan pencuci khusus selain daripada kain microfiber, air, sabun cuka dan munyak zaitun/mineral. Satu-satunya sebab anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk membeli pembersih “Stainless Stee”  apabila mula terdapat calar halus.

Selamat Mencuba !

Sumber: www.thekitchn.com


Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter