Program ini merupakan pecahan komponen Program Latihan dan Pendidikan (PLP) dalam RMKe-8. Program ini bertujuan menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mengikuti kursus-kursus latihan jangka pendek, sederhana dan panjang termasuk kemahiran asas MLVK (Sijil Kemahiran Malaysia SKM I & SKM II).

Keutamaan akan diberikan kepada golongan berikut:

  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang produktif;
  • Ahli Isi Rumah (AIR) miskin tegar yang tidak bersekolah dan tidak erjaya.
  • Ibu tunggal (IT) miskin tegar yang mempunyai ramai tanggungan dan masih produktif;
  • AIR miskin tegar yang ditanggung oleh KIR ibu tunggal; dan
  • Suri Rumah (SR) / AIR miskin tegar yang ditanggung oleh KIR kurang upaya.
Tempoh latihan dan kadar bantuan:-
  1. Kurang dari 1 minggu (mengikut kesesuaian) – RM1200
  2. Jangka pendek. 1 minggu hingga kurang dari 3 bulan (mengikut kesesuaian) – RM3000
  3. Jangka sederhana. 3 bulan hingga kurang dari 6 bulan (mengikut kesesuaian) – RM5000
  4. Jangka panjang. 6 bulan hingga kurang dari 1 tahun (mengikut kesesuaian) – RM10000
  5. Bagi kursus SKM I dan SKM II yang melangkau tahun semasa dan tahun berikutnya – RM15000
sumber : –

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter