Seperti yang kita tahu, dalam pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 yang lalu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan di bawah perkara 229, bagi meningkatkan keberkesanan pemberian Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi, Kerajaan akan menggantikan baucar buku dengan kad debit pelajar. Bantuan ini adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam usaha untuk membantu dan meringankan kos sara hidup pelajar.

Tambahan pula, Pemberian Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi bagi tahun 2017 sebanyak RM250 akan disalurkan melalui Kad Diskaun Siswa 1Malaysia Debit (KADS1M Debit) daripada Bank Rakyat yang boleh digunakan untuk pembelian bahan bacaan, alat tulis, alatan komputer dan akses internet. Secara keseluruhan, Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi dijangka akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar. Namun, pemberian bantuan ini ada kriteria kelayakan yang diperlukan iaitu: –

  • Warganegara Malaysia.
  • Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BPPT.
  • Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif pada tarikh yang ditetapkan semasa pengumpulan data pelajar iaitu pada 31 Disember 2016.
  • edang melanjutkan pengajian di Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3 dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia; *(pelajar perlu menyemak kelayakan di IPT masing-masing).
  • Menuntut di IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa.
  • Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separa masa.

Pertama sekali permohonan ini perlu dilakukan secara online melalui laman  web Bank Rakyat www.bankrakyat.com.my/bppt. Setelah permohonan telah dilakukan dan berjaya dilaksanakan, pelajar PERLU MENUNGGU EMEL dari Bank Rakyat sebelum pergi ke Cawangan bagi pengambilan KADS1M DEBIT. Kemudian, masukkan NO PIN yang sebenar semasa proses pengambilan kad dan Lengkapkan pendaftaran Perbankan Internet i-Rakyat di cawangan tersebut. Tarikh tamat permohonan 31 Mac 2017. Mohon segera sementara peluang masih terbuka.

Dokumen lengkap yang perlu dibawa semasa pengambilan kad: –

  1. MyKad (Asal dan 1 Salinan)
  2. Kad Pelajar (Asal dan 1 Salinan)
  3. Surat Kebenaran dari ibu / bapa / penjaga
  4. 1 Salinan MyKad ibu / bapa / penjaga
  5. Sijil kelahiran / sijil anak angkat pelajar / pelanggan (Asal dan 1 salinan)

*Bagi pelajar berumur 18 tahun ke atas, dokumen 3,4,5 tidak diperlukan.

  • Bagi pelajar di bawah 18 tahun, sekiranya tidak membawa dokumen 3, 4 dan 5, cawangan TIDAK DIBENARKAN memberikan Nombor Akaun Simpanan-i dan KADS1M kepada pelajar.
  • Surat Kebenaran adalah surat yang ditandatangani oleh ibu / bapa / penjaga yang membenarkan pelajar membuka Akaun Simpanan-i/KADS1M Debit di Bank Rakyat. Dilampirkan adalah contoh Surat Kebenaran.
  • Bagi pelajar yang tiada kad pelajar, perlu menyertakan surat pengesahan daripada Institusi Pendidikan masing-masing.
  • Pekedai tidak perlu membuat permohonan pendaftaran bagi menerima pembayaran pelajar menggunakan KADS1M Debit.

 

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter