Menurut kajian yang dijalankan oleh British Chiropractic Association (BCA), berikut adalah pakaiana dan aksesori yang menyumbang kepada sakit belakang  bagi wanita:

• Skinny Jeans

• Beg tangan besar yang disandang pada sebelah bahu

• Kot dengan hud yang besar

• Kasut tinggi

• Kasut tanpa sokongan belakang contohnya mules

Pemakaian kasut jenis mules tanpa sokongan di belakang kaki yang akan meningkatkan tekanan pada kaki dan bahagian bawah belakang.

Skinny jeans menyekat pergerakan bebas pada pinggul dan lutut, yang mempengaruhi cara kita memposisi badan kita.

Wanita yang gemar memakai barang kemas berat, seperti “statement necklace”, meningkatkan tekanan ke atas leher dan boleh menjejaskan dengan postur.

BCA menyediakan tip-tip utama mereka untuk mengelak dari sakit belakang tanpa mengorbankan fesyen terkini:


Variasi:

Memakai pakaian/aksesori yang sama setiap hari boleh mencetuskan sakit belakang, dengan menyekat bahagian-bahagian tertentu badan anda daripada bergerak bebas. Alihkan tekanan ke atas bahagian ini dengan mengubah gaya pakaian setiap hari.

Labuh:

Pakaian ketat menyekat badan anda daripada bergerak bebas jadi pakaian labuh, seperti seluar baggy, skirt maxi atau seluar jeans kaki lurus, adalah pilihan yang baik.

Letakkan beg ke bawah:

Beg tangan berat adalah punca utama sakit belakang pada wanita. Beri perhatian kepada kandungan beg anda dan keluarkan barangan yang tidak diperlukan. Beg galas adalah reka bentuk yang terbaik untuk postur anda kerana ia mengagihkan berat badan secara rata di kedua-dua bahu. Jika beg anda mempunyai satu tali yang panjang, pakai dengan cara sling.

Kasut tumit tinggi dan kasut tumit rendah:

Kasut tumit tinggi memaksa badan anda berada pada posisi yang menggalakkan ketegangan pada tulang belakang. Jika anda memakai kasut tumit tinggi, kurangkan ketegangan dengan memakai kasut sukan atau kasut tumit  rendah dari semasa ke semasa. Elakkan kasut tinggi jenis tumit stiletto, sebaliknya cuba untuk memilih kasut jenis wedge atau yang mempunyai tumit yang lebih tebal.

Dapatkan sokongan yang betul:

Pakaian adalah penting tetapi apa yang anda pakai di dalam juga boleh memberi kesan kepada postur anda. Saiz coli perlu tepat supaya bahu anda tidak mengambil semua tekanan. Apabila anda membeli coli, pilih coli yang mempunyai underband yang tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Pastikan cangkuk coli duduk dekat dengan badan dan tali tidak terlalu ketat pada bahu. Dapatkan khidmat nasihat dengan jurujual (kebanyakan kedai menawarkan perkhidmatan ini) bagi mendapat saiz yang tepat.

Sumber dari chiropractic