Untuk meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai jenayah seksual kanak-kanak, satu seminar bertajuk ‘Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak: Hentikan!!’ telah diadakan di Pusat Dagangan Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 13 dan 14 Mac 2017.

Objektif seminar ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai jenayah seksual kanak-kanak dan cara melindungi kanak-kanak daripada sebarang ancaman penjenayah. Seterusnya, mendapatkan komitmen daripada semua pihak dalam usaha mencegah dan membasmi jenayah seksual kanak-kanak serta menyediakan perkhidmatan sokongan. Selain itu, memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perlunya mewujudkan satu akta baharu berkenaan jenayah seksual kanak-kanak.

16825815_1228195547298217_1790885010794856121_o

Empat penceramah terkemuka luar negara yang berpengalaman dan pakar dalam bidang masing-masing serta bergiat aktif dalam membanteras isu jenayah seksual kanak-kanak akan menyertai seminar ini. Duta baru Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) Lisa Surihani juga terlibat sebagai jurucakap bagi mempromosikan seminar ini.

Anjuran seminar dari PERMATA ini diadakan secara percuma dengan kerjasama Task Force Berkenaan Isu-isu Jenayah Seksual Kanak-kanak, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KMM).

Turut hadir juga ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Karim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said bagi menyokong program seminar ini.

Isu jenayah seksual di kalangan kanak-kanak ini semakin membimbangkan apabila satu daripada 10 kanak-kanak menjadi mangsa jenayah seksual sebelum usia mereka mencecah 18 tahun. Menurut Penaung PERMATA, Datin Seri Rosmah Mansor, seminar ini akan membantu kerajaan untuk membawa perubahan legislatif mencegah jenayah seksual kanak-kanak serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai seriusnya jenayah ini. Orang ramai dan masyarakat digalakkan untuk menyertai dan membabitkan diri untuk seminar ini bagi bersama-sama menangani dan menghentikan isu jenayah seksual.

Statistik Penderaan Seksual Kanak-kanak.

Tahun Jumlah kes
2016 1019
2015 928
2014 984
2013 1093
2012 963
2011 824
2010 937

 

Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat

*Jumlah kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan ke JKM dan PDRM berbeza kerana tidak semua kes penderaan dilaporkan ke PDRM dan terdapat kes penderaan yang dapat diselesaikan peringkat JK.

http://www.nawem.org.my/index.php/2016-02-05-11-15-04/general-events/328-seksual-kanak-kanak-hentikan

http://www.hmetro.com.my/node/207472

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/02/20/rosmah-bimbang-kes-jenayah-seksual-libat-kanak-kanak-meningkat/

http://www.programpermata.my/home/seminar_jenayah