SPIN ini diwujudkan bagi menyediakan kemudahan pembiayaan pendidikan kepada pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera lepasan sekolah untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian tinggi yang diiktiraf dan berdaftar di bawah SPIN YPM.

SPIN ini diwujudkan bukanlah sekadar untuk membela nasib pelajar dari keluarga pendapatan rendah, malah merupakan salah satu usaha dalam memberi sokongan padu kepada mereka yang memperolehi keputusan akademik yang sederhana dan tidak mendapat tempat atau tawaran dimana-mana institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), dan juga tidak memenuhi kelayakan untuk menyambung pengajian ke peringkat Diploma yang ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Terdapat enam (6) misi utama untuk skim ini: –

  • Memberi peluang kedua kepada pelajar Bumiputera yang tercicir meneruskan pengajian.
  • Memastikan pembiayaan disalurkan kepada kumpulan sasar yang dikenalpasti berkelayakan.
  • Membuka peluang pekerjaan kepada kumpulan sasar dengan mengamalkan konsep “Train & Place”.
  • Menyumbang kepada keperluan tenaga mahir negara dengan membiayai kursus-kursus kemahiran yang menjamin kebolehpekerjaan.
  • Menerapkan nilai jati diri dan nasionalisme kepada kumpulan sasaran.
  • Melebarkan jaringan “networking” dengan rakan strategik pendidikan YPM dan rakan industri.

Keterangan pembiayaan

  • Jumlah pembiayaan tertakluk kepada kadar maksima seperti diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan YPM.
  • Pembiayaan dilakukan HANYA kepada pelajar yang mengikuti pengajian sehingga TAMAT kursus pengajian yang diambil.
  • Pembiayaan yuran pengajian akan disalurkan terus kepada institusi pengajian tinggi dan mengikut kadar yang diluluskan bagi kursus pengajian yang diikuti oleh pelajar.

Syarat kelayakkan

  • Pemohon mestilah seorang Bumiputera warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah telah menerima tawaran kemasukan atau sedang mengikuti pengajian di peringkat Sijil, Pra-Diploma, Asas (Foundation), Matrikulasi, Sijil Kemahiran atau peringkat lain dan di dalam bidang atau kursus pengajian yang diluluskan oleh YPM serta di institusi pengajian tinggi yang berdaftar di bawah SPIN.
  • Pemohon mestilah memenuhi syarat status sosio ekonomi keluarga dengan pendapatan tidak melebihi RM3,000.00 sebulan.
  • Pemohon tidak menerima bantuan/pinjaman pendidikan penuh dari mana-mana badan penaja/pihak.

Borang permohonan boleh didapati di institusi yang berdaftar dengan YPM dan boleh terus hubungi YPM untuk mengetahui institusi yang berdaftar dengan YPM serta maklumat lanjut.

ATAU

Boleh menghubungi pengawai dan wargakerja YPM. Senarai Wargakerja YPM