Biasanya orang akan cuma membersihkan bahagian counter dan backsplash dapur selepas memasak. Tetapi kesan minyak boleh memercik sehingga ke bahagian atas dinding anda, ditambah pula dengan habuk dan kotoran yang melekat.

Dinding dapur seharusnya dibersihkan sekali seminggu agar kotoran dan minyak tidak meninggalkan kesan pada cat. Tips berikut membantu anda untuk membersih dengan mudah.

Apa yang anda perlu:

  1.  Beberapa helai tuala dapur bersih

  2. Beberapa helai tuala kaki

  3. 1 cawan ammonia

  4. ½ cawan cuka putih

  5. ¼ cawan baking soda

  6. Mop atau span

  7.  2 Botol spray

Vacuum atau penyapu berus:

Langkah-langkah:

  1. Vacuum dinding untuk menghilangkan habuk dan kotoran. Atau gunakan penyapu untuk menanggalkan habuk. Pastikan lantai disapu serta merta.

  2. Campurkan ammonia, cuka, baking soda dan air ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati. Kemudian pindahkan ke dalam botol spray. Masukkan juga air ke dalam botol spray yang satu lagi.

  3. Spray dinding dapur dengan campuran pembersih tadi dan gunakan mop untuk melap dinding. Pastikan mula dari atas ke bawah.

  4. Sekiranya ada kesan degil, buat pes baking soda dan air di dalam mangkuk. Letak pes tersebut pada kesan dengan menggunakan span dan biarkan kering. Bersihkan dengan kain bersih.

  5. Spray dinding dapur dengan botol yang mengandungi air dan mop dinding sekali lagi. Pastikan mop dibilas terlebih dahulu.

  6. Akhir sekali, keringkan dinding dengan tuala bersih dan pasangkan kipas jika ada.

Sumber dari: thekitchn.com