Sekiranya terasa nak makan stik, tak perlulah makan di restoran mahal tetapi sebaliknya bolehlah memasak sendiri. Berikut adalah tujuh tips yang berguna yang membimbing anda menyediakan stik yang terbaik.

1. Beli potongan daging (lembu) terbaik :  Penyediaan steak bermula dengan membeli potongan (cut) daging yang terbaik.

Jenis-jenis potongan stik:

  • Tenderloin/filet mignon: tanpa tulang, potongan stik yang paling mahal, lembut dan kurang lemak, potongan tenderloin lebih tebal, cara terbaik untuk memasak adalah membakar sehingga perangan, kemudian masak dalam oven dalam suhu yang rendah.
  • New York Strip/top-loin/top sirloin: tanpa tulang, kandungan lemak sederhana, tidak selembut tenderloin atau ribeye, dimasak pada suhu tinggi – pan-sear, panggang atau grill.
  • T-bone/porterhouse: dengan tulang, sebelah tenderloin – sebelah lagi New York Strip, bahagian tenderloin akan lebih cepat masak daripada bahagian tenderloin – cuba letak tenderloin lebih jauh dari sumber haba: menggunakan api dua level apabila meng-grill atau meletakkan ia jauh daripada haba sekiranya memanggang.
  • Ribeye: dengan atau tanpa tulang, lebih banyak lemak, juicy dan lebih berperisa, masak pada suhu yang tinggi – pan-sear, panggang atau grill.

 

Beef-Cuts-butcher-main-pic_1024x1024

>>> LIHAT SINI

2. Untuk crust yang lebih baik, pastikan stik kering sebelum memasak: Letakkan steak di atas piring beralas tisu dapur dan taburkan dengan garam sebelum membiarkan ia selama 30 minit. Sebelum memasak, tepuk daging dengan lebih tuala kertas supaya ia benar-benar kering. Permukaan yang kering adalah rahsia untuk crust yang lebih baik.

3. Mulakan dengan kuali (skillet) panas: Sama ada anda menggunakan dapur memasak atau ketuhar, pastikan cast iron pan anda benar-benar panas. Apabila daging sudah pada suhu bilik, panaskan kuali selama 10 minit – di bawah broiler (untuk steak yang dimasak dalam oven) atau atas api yang panas (untuk kaedah dapur memasak). Ini akan menghasilkan bahagian tepi yang garing dan membuat steak lebih menarik.

4. Jangan takut untuk menterbalik stik:  Apabila membakar stik di dapur memasak, stik akan lebih sedap sekiranya melibas daging beberapa kali. Melibas dengan kerap sebenarnya boleh memperbaiki tekstur dan mencegah steak daripada menjadi kering.

5. Gunakan thermometer untuk memastikan tahap kemasakan stik: Petunjuk yang paling tepat untuk mendapat stik yang dimasak mengikut selera anda adalah dengan memasukkan thermometer pada bahagian stik paling tebal.

Rare: 115 to 120°F

Medium-rare: 120 to 125°F

Medium: 130 to 135°F

Medium-well: 140 to 145°F

Well-done: 150 to 155°F

>>> LIHAT SINI

 

6. Hidangkan serta-merta: Merehatkan stik anda selepas memasak akan meninggalkan ia sejuk, melembutkan crust dan menyebabkan ianya terlebih masak.

7. Potong stik menentang arah urat: Menghiris daging anda menentang (atau melalui) urat, bukannya selari dengan urat, memberikan kepingan daging yang lebih lembut dan kurang kenyal.

 

Sumber dari: thekitchn.com


Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter