AKIBAT HASUTAN, 34 KELUARGA TIDAK MENDAPAT RUMAH

Pada April 2012, penghuni flat 4 tingkat Kampung Kerinchi diarahkan oleh kerajaan berpindah untuk pembangunan di Kampung tersebut. Namun 34 daripada mereka tidak berpuas hati dengan cadangan Kerajaan pada masa itu. Disebabkan rasa ketidakpuashatian, pada 30 Mac 2012, Penduduk Kg. Kerinchi yang diwakili oleh AJK Kg. Kerinchi telah menganjurkan sidang akhbar untuk mengutarakan isu ketidakpuashatian mereka.

dari-flat-empat-tingkat-ke-residensi-kerinchi-wilayahprihatin-kaliinilah-betternation.jpg

Dalam kenyataan akhbar tersebut, mereka mendakwa bahawa mereka didesak dan ditipu untuk meninggalkan rumah. Siapakah dalang disebalik dakwaan tersebut? Siapakah yang telah menghasut mereka sehinggakan mereka enggan untuk berpindah? Mengapa penduduk-penduduk lain dapat berpindah dalam masa yang telah ditetapkan?

Kini seramai 472 penduduk flat 4 tingkat Kampung Kerinchi yang mengikut gesaan kerajaan untuk berpindah mendapat sebuah unit pangsapuri baru dengan tiga bilik tidur serta dua bilik air yang berkeluasan 900 kaki persegi berbanding kediaman sebelum ini yang hanya mempunyai sebuah bilik atau tiada bilik.

image

Antara kemudahan yang disediakan termasuklah surau, medan selera, taman permainan, taska, dewan serbaguna dan kolam renang. Sebelum ini, flat itu hanya mempunyai empat tingkat tetapi kini dibangunkan semula sebagai pangsapuri moden 18 tingkat. Dianggarkan nilai sebuah pangsapuri Residensi Kerinchi bernilai RM500,000, jauh berbeza dengan satu unit flat yang didiami penduduk terdahulu iaitu sekitar RM50,000.

Kini selepas lebih enam tahun, seramai 472 keluarga akhirnya menarik nafas lega apabila kediaman usang yang dihuni mereka sejak tahun 1971, bertukar wajah dengan apartment moden ‘Residensi Kerinchi’ yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk Residensi Kerinchi, Ahmad Rahman, penantian selama lebih enam tahun itu berbaloi meskipun pelbagai dugaan yang dialami oleh para penduduk sejak projek pembangunan itu diumumkan.

image (1).jpg

Bagaimanapun 34 keluarga (penduduk Flat 4 Tingkat Kampung Kerinchi) yang tidak menandatangani perjanjian projek berkenaan sekaligus gagal memiliki rumah berkenaan. Mereka sangat menyesal dan berasa malu dan cuba untuk merayu bagi mendapatkan semula rumah tersebut. Tetapi pihak Mahkamah memutuskan yang mereka tidak akan mendapat rumah tersebut, tetapi mereka hanya mendapat pampasan sebanyak RM70,000 sahaja.

Mudah terpengaruh, penduduk Kerinchi menyesal kerana termakan hasutan MP Lembah Pantai, Nurul Izzah dalam menggagalkan pembangunan semula flat 4 tingkat di kampung kerinchi yang dilihat bermotifkan politik semata-mata. Mana Nurul Izzah sekarang? siapa yang mahu membela penduduk seramai 34 orang yang gagal mendapatkan rumah?

Insiden ini seharusnya dijadikan pengajaran kepada rakyat bahawa pembangkang akan cuba mencipta isu untuk menghasut rakyat bagi membantah apa jua keputusan kerajaan sungguhpun langkah berkenaan adalah yang terbaik kepada masyarakat.

Bak kata pepatah melayu “Yang dikejar tak dapat, Yang dikendong berciciran”. Rumah yang seharusnya menjadi milik kepada 34 penghuni Flat 4 di Kg. Kerinchi tidak dapat dimiliki oleh mereka disebabkan mudah terpengaruh dengan kata-kata dan hasutan pihak pembangkang.

Wallahua’lam..

Penulis – WR – WMayaTeam #WanitaMaya

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter