Tidak semua mesyuarat yang dijalankan memerlukan penyediaan makanan. Jika mesyuarat tersebut kurang dari 2 jam, anda hanya perlu sediakan air kosong sahaja.

Makanan hanya perlu disediakan bagi mesyuarat yang melebihi 2 jam. Makanan yang disediakan pula mestilah bersesuaian dengan waktu makan seperti:

  • Sarapan: 7.00 pagi – 8.30 pagi
  • Minum pagi: 10.00 pagi – 10.30 pagi
  • Makan tengah hari: 12.00 tengah hari – 2.00 petang
  • Minum petang: 4.30 petang – 5.30 petang
  • Makan malam: 6.30 petang – 8.30 malam

Keperluan harian bagi wanita dewasa yang sedentari adalah 1500 kalori sehari, manakala keperluan harian bagi lelaki dewasa yang sedentari adalah 2000 kalori (Panduan Diet Malaysia, 2010).

Bagi memudahkan penyediaan menu semasa mesyuarat, keperluan kalori yang dicadangkan adalah 1800 kalori. Bagi wanita, sekiranya mereka mengambil hidangan semasa minum pagi atau minum petang, mereka haruslah mengurangkan pengambilan makanan tengah hari atau makan malam.

Berikut adalah agihan sajian ketika mesyuarat bagi pengambilan 1800 kalori sehari:

Agihan Kumpulan Makanan Sarapan Pagi Minum Pagi Makan Tengahari Minum Petang Makan Malam Minum Malam
Bijiran dan produk bijiran 1 ½ ½ 1 ½ ½ 1
Buah-buahan ½ 1 ½ 1
Sayur-sayuran 1 1 1
Ikan 1
Daging/Ayam 1
Kekacang ½
Susu/Produk Tenusu ½ ½ 1

Berikut adalah ahihan kalori mengikut waktu makan:

Waktu Makan Kalori (kCal) Peratusan Sumbangan Kalori
Sarapan Pagi 400 kalori 22%
Minum Pagi 250 kalori 14%
Makan Tengahari 500 kalori 28%
Minum Petang 250 kalori 14%
Makan Malam 400 kalori 22%
Jumlah 1800 kalori 100%

Yang paling penting adalah mempamerkan label kandungan kalori pada setiap makanan yang dihidangkan dalam mesyuarat.

Sila Rujuk di SINI untuk maklumat lanjut


Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter