Tujuan bantuan ini diwujudkan adalah untuk membantu meringankan masyarakat atau mangsa keluarga yang terkene serangan binatang buas. Binatang Buas ialah binatang yang dilindungi oleh Akta yang berkaitan dengan Hidupan Liar (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) dan hidupan akuatik Meliputi spesies-spesies hidupan laut dan air tawar yang merbahaya seperti yang tertakluk di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta LKIM 1971(Pindaan Kemudian).

Walaubagaimanapun, binatang-binatang buas atau liar sama ada hidupan darat ataupun akuatik yang berada di dalam penjagaan seperti di Zoo Negara, Taman Zoologi, Pusat Pembiakan Hidupan Liar, Akuarium dan binatang yang pelihara untuk dipersembahkan atau pameran tidak termasuk dalam senarai bantuan ini.

Bantuan ini adalah untuk mangsa yang tercedera atau maut akibat daripada serangan binatang buas sama ada hidupan darat atau akuatik yang berlaku sentuhan fizikal secara terus terhadap mangsa oleh binatang buas yang mengakibatkan kecederaan atau kematian. Kecederaan termasuklah alahan, keracunan, jangkitan, koma, kecacatan atau kehilangan anggota badan dan kehilangan keupayaan kekal akibat serangan binatang buas dan hidupan akuatik yang merbahaya seperti mana yang dijelaskan mengikut kategori. Bantuan ini hanya boleh diberi permohonan kepada waris yang terdekat seperti suami atau isteri mangsa, anak-anak mangsa, ayah atau ibu mangsa dan tanggungan mangsa.

Kadar Bantuan

  • Maksimum RM 20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal dan hilang sebahagian.
  • Kadar bantuan ditentukan berdasarkan kategori kecederaan.
  • Bayaran bantuan akan diberikan sekali sahaja kepada mangsa atau waris bagi setiap kejadian.
  • Sekiranya berlaku tuntutan palsu, maka Jawatankuasa boleh memanjangkan kes sedemikian untuk tindakan pihak berkuasa.

Senarai hidupan liar dan akuatik yang buas dan merbahaya.

Binatang  Buas Hidupan akuatik yang merbahaya
• Gajah

• Seladang

• Babi Hutan

• Beruang

• Harimau

• Ular Sawa

• Ular-ular berbisa

• Primat (Berok, Kera, Siamang, Ungka, Lotong & Kongkang)

• Buaya

• Semua jenis tebuan dan lebah liar (yang mengakibatkan kematian atau hilang upaya kekal sahaja)

• Semua jenis musang

• Kucing batu dan kucing hutan

• Biawak

• Memerang

Spesies Ikan Air Tawar

• Ikan Pari Air Tawar

• Ikan Toman

• Ikan Tapah

• Ikan Buntal

• Spesies Ikan Duri

• Piranha

• Belut elektrik

• Arapaima

 

 

Spesies Ikan Air Masin

• Jerung / Yu

• Obor-Obor

• Ikan Pari

• Ular Laut

• Ikan Depu

• Cone Shell

• Paus

*Binatang Buas – Dikategorikan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

*Hidupan Akuatik – Dikategorikan oleh Jabatan Perikanan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta LKIM 1971

Statistik kes serangan binatang buas

Jenis Binatang Buas 2010 2011 2012 2013 2014 2015
Buaya 2 7 9 7 10 23
Babi 8 3 9 11 12 25
Kera/Beruk/Lotong 2 5 13 19 7 16
Ular 7 10 64 106 72 187
Beruang 1 2 1
Gajah 2 2 1 3 3
Harimau 1 1 1
Tebuan 7 9 7 6 1
Selandang 1
Biawak 1

Permohonan tidak dipertimbangkan kepada:-

  • Mereka yang memburu,menceroboh kawasan hutan simpan dan kawasan perlindungan
  • Serangan sesuatu binatang buas dan hidupan akuatik yang merbahaya yang berpunca daripada tindakan mangsa mengganggu atau mencederakan binatang dan hidupan akuatik berkenaan hingga menyebabkannya menjadi ganas
  • Kecederaan akibat percubaan mencederakan diri sendiri dengan menggunakan binatang buas dan hidupan akuatik yang merbahaya
  • Permohonan bantuan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh kejadian. Sekiranya permohoan melebihi tiga bulan, rayuan boleh dikemukakan dengan sokongan daripada PERHILITAN/ Jabatan Perikanan atau Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) yang berdekatan.
  • Pemilik, pekerja dan penghuni di premis sama yang memelihara binatang buas dan hidupan akuatik merbahaya tersebut.

Borang Permohonan boleh dimuat turun di sini  Borang Permohonan

Sumber: – KPWKM


Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter