Begitulah persoalan Asuma Sarutobi kepada muridnya Nara Shikamaru dalam manga yang begitu terkenal, ‘Naruto’.

Persoalan itu, pembaca tegar naruto pasti sudah mengetahui. Di akhir perkongsian ini akan kita simpulkan kembali.

Bayangkan setelah di bom sampai hangus pada 1945 kepada tahun 1949 (3 tahun), akhirnya dua buah sekolah telah siap dibina. Mempunyai 28 buah kelas yang bernilai 11 million yen yang setengahnya dibiayai oleh Kerajaan dan setengah lagi dari pertolongan ibu bapa pelajar di sana. Dan selepas 15 tahun (1964), 20 buah universiti telah pun ditubuhkan diseluruh Jepun.

FB_IMG_1488784682975.jpg

Uniknya Jepun ini, apa pun jenis pendidikan yang di-implankan tetap melahirkan generasi yang hebat dan berjaya. Malah mempengaruhi perubahan dunia.

Sebelum perang dunia ke dua (akhir 1880-an), Jepun lebih ke arah Pendidikan awam berasaskan kepada semangat patriotisme dan Konfusianisme (feudal) — ‘Imperial Rescript on Education’. Hasilnya, Jepun menjadi kuasa besar yang mengugat kuasa-kuasa besar eropah dalam Perang Dunia ke-2. Hiroshima juga sebelum dibom merupakan pusat kegiatan ilmu yang sedang rancak diperingkat dunia.

GettyImages-52017177.jpg

Selepas perang dunia ke-2 (selepas 1950), pendidikan ala barat (secular), Barat telah mengawal pendidikan Jepun melalui pendidikan memupuk sikap demokratik dan anti-tentera. Hasilnya (1980), selepas Jepun merdeka, mereka menjadi kuasa besar dalam bidang ekonomi dan teknologi.

Hebatnya tamadun Jepun, mereka menyediakan generasi yang sedia berhadapan dengan perubahan dunia. Iaitu melalui pendidikan awal dengan penyerapan akhlak dan jati diri.

Hasil pembacaan, saya mendapati dalam setiap era tamadun Jepun. Pendidikan akhlak dan kemasyarakatan menjadi asas pendidikan. Sama ada pendidikan untuk kelas atasan mahupun bawahan pada zaman sebelum edo dan selepas edo.

152c6d45420cf0b06af33cb98606a1d7.jpg

Begitulah terpesonanya jiwa ini kepada pendidikan Jepun. Pendidikan mereka bukan setakat untuk pencapaian zahir (teknologi) tetapi juga mencapai kemajuan kerohanian (adab dan akhlak). Sebab itulah walau apa pun yang mereka hadapi tetap berjaya di dunia.

Jadi, siapa kah rajanya???

Jika menurut tamadun Jepun, jelaslah bahawa yang menjadi raja (keutamaan) kepada orang Jepun adalah generasi yang seterusnya, iaitu kanak-kanak dan anak muda. Merekalah raja yang perlu dilindungi dan diutamakan demi kelangsungan tamadun Jepun. Melalui memupuk budaya keilmuan dan nilai etika.

Sebab itu pendidikan awal begitu berteraskan akhlak yang tinggi dan terpuji agar generasi mereka mempunyai jati diri dan identiti.

Semoga kita boleh belajar dari Jepun. Pendidikan diutamakan. Adab menjadi asas keilmuan. Biar ilmu menjulang tinggi. Tapi adab dan akhlak juga mencakar langit.

**Semestinya Raja Jepun sekarang adalah Maharaja Akihito 明仁. Namun dalam penulisan ini merujuk kepada keutamaan yang mana menjadi asas kepada kesinambungan tamadun Jepun itu sendiri.

Wallahua’lam.

Penulis : Md Najib Rubin

Sumber :

  1. Hiroshima: 70 Years After the A-bombing: Students study in open-air classrooms in “A-bomb desert.
  2. EARLY HISTORY OF JAPANESE EDUCATION
  3. Japanese Education in the 21st Century.
  4. Web-Japan, Ministry of Foreign Affairs, Japan

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter