Punca dan langkah yang perlu dilakukan jika BR1M 2017 tak lulus. Ramai yang tidak berpuas hati selepas permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tidak diluluskan oleh kerajaan. Bagaimanapu, rayuan BR1M boleh dilakukan mulai 3 April sehingga 31 Mei 2017. Berikut langkah yang anda perlu lakukan sebelum membuat rayuan BR1M 2017.

Punca sebenar BR1M 2017 Tidak Lulus Kerana #SSM

Antara punca BR1M 2017 tak lulus kerana maklumat pendapatan pemohon, pasangan atau tanggungan tidak mendapat pengesahan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Langkah Yang Perlu Dilakukan Jika BR1M Tak Lulus

Jika pemohon BR1M pernah mendaftar sebarang perniagaan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum ini, mereka perlu declare pendapatan pernigaan mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ini kerana, jika anda tidak declare, pihak LHDN tidak dapat mengesahkan jumlah pendapatan yang diterima setiap tahun bagi pengiraan cukai pendapatan. Jika perniagaan anda untung bersih lebih RM10k sebulan, maka anda akan dikenakan cukai dan secara automatik BR1M anda tidak akan diluluskan.

Langkah-Langkah 

1. Dapatkan Borang Rayuan BR1M
2. Bawa Penyata Pendapatan / Penyata Akaun Bank Syarikat Untuk Dibuat Penagesahan SSM.
3. Hantar Kembali Dokumen Bersama Borang Rayuan Kepada Pihak LHDN, Jika pendapatan Tidak Melebihi Syarat .. Anda Layak Terima BR1M Kembali.

Kenapa Pekara Ini Berlaku Pada Penerima Sedia Ada Yang Sebelum Ini Lulus? 

1. Sebab Pendapatan Tersebut Tidak Dibuat Pengesahan Sebelum Ini Atau Tidak Dinyatakan Didalam Permohonan Terdahulu.

Semakan BR1M Dibuat Melalui 12 Agensi Berikut Seperti Didalam Gambar DiBawah.

17190453_1573102179384609_7621063039783849810_n

#BR1M Saya Sendiri Jugak Tidak Lulus Disebabkan SSM, Saya Jugak Akan Mengunakan Langkah Yang Sama Untuk Rayuan.

Bagus La Sekurang-kurangnya Yang Benar Tidak Layak Dikenal Pasti, Ada Yang Tidak Menyatakan Kesemua Pendapatan Mereka Hanya MahukanBR1M.

Anda Layak Anda Akan Terima..

Cara Buat Permohonan Rayuan BR1M 2017

Permohonan Rayuan BR1M 2017 boleh dibuat secara manual di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terdekat dengan pemohon.

Tarikh rayuan BR1M 2017 adalah dari 3 April sehingga 31 Mei 2017
Pemohon perlu mengisi borang rayuan dan mengemukakan borang tersebut bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan atau tanggungan terkini.

Informasi Penting Rayuan BR1M 2017

Berikut adalah tarikh penting berkenaan rayuan permohonan BR1M 2017 :-

Rayuan perlu dibuat secara manual di mana-mana cawangan LHDN

Tarikh Buka : 3 April 2017
Tarikh Tutup : 31 Mei 2017
Maklumat rayuan BR1M 2017 akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Permohonan Rayuan boleh dibuat dengan memuat turun Borang Permohonan Rayuan BR1M 2017. Borang rayuan BK-07 tahun 2017 akan dikongsikan dari masa kesemasa.

Salinan dokumen yang wajib dikemukakan bagi yang mempunyai tanggungan adalah seperti berikut:

i. Sijil / Surat Pengesahan Cerai oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / bapa tanggungan (jika status perkahwinan Bujang);ATAU
ii. Sijil / Surat Pengesahan Mati oleh JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / bapa tanggungan (jika status perkahwinan Bujang);DAN
iii. Sijil lahir tanggungan / daftar anak angkat / Sijil lahir pemohon atau dokumen pembuktian pertalian hubungan jika ibu bapa tidak memohon;ATAU
iv. Surat hak penjagaan tanggungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) / Mahkamah / Agensi yang dilantik oleh kerajaan (jika berkenaan).

Selamat membuat rayuan BR1M 2017 dan semoga anda berjaya. Kepada yang gagal, anda boleh merayu sehingga 31 Mei 2017.


Hotline BR1M MOF :
03-8882 4565 /
03-8882 4566

Hotline BR1M LHDNM :
1-800-88-2716

Sekretariat BR1M :
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya