raja-salman-di-malaysia-dari-karpet-merah-hingga-21-tembakan-ziH.jpg

Raja Salman AbdulAziz, Raja Kerajaan Arab Saudi bersama 600 ahli delegasinya telah pun melangkah pergi mengakhiri lawatan selama empat hari di Malaysia menuju ke Indonesia selama seminggu. Tempoh lawatan DiRaja ini juga menjadi satu perdebatan kepada sebahagian netizen di mana dikatakan Raja Salman melebihkan Indonesia dari Malaysia. Amatlah tidak masuk akal semua ini. keluasan dan keunikan masyarakat Indonesia yang pelbagai itu sudah tentu menyebabkan Raja Salman akan berada lama di sana. Sebagaimana kepulangan beliau menimbulkan cemuhan, kehadiran beliau juga dipertikaikan. Beliau dikatakan datang bukan kerana persahabatan, diberikan “dedak” dan berbagai-bagai lagi.

Selama empat hari itu, pelbagai perkara telah dibincangkan di antara kedua pemimpin tertinggi negara. Beberapa isu yang disentuh seperti kuota haji, hubungan perdagangan dan diplomatik. Arab Saudi adalah rakan perdagangan kedua Malaysia di Timur Tengah dengan 19.8 peratus tahun lepas dan kini berjumlah RM 13.12 billion dan 60 peratus produk tempatan dipasarkan di sana.

Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak merumuskan lawatan ini memberikan banyak kebaikan kepada rakyat Malaysia. Kerajaan Arab Saudi bersedia menambah tiga kali ganda jumlah biasiswa untuk pelajar Malaysia bermula tahun depan. Ini bermakna akan lebih ramai pelajar yang dapat belajar di universiti terkemuka tersebut.

raja-salman-saudi-dengan-kekuatan-berdiri-di-belakang-islam-q64.jpg

Rakyat Malaysia masih ramai yang menunggu untuk menunaikan Rukun Islam Kelima iaitu Haji. Kehadiran dan hubungan baik telah membuka laluan mudah permohonan untuk penambahan kuota haji dan dua pusat jemaah haji Malaysia di Mekah dan Madinah. Akhirnya persetujuan diberikan untuk kita mendapat kuota 30,000. King Salman juga mempertimbangkan untuk membina Pusat Jemaah Haji Malaysia khas di Mekah.

cq5dam.web.690.388.jpeg

600 ahli delegasi King Salman itu termasuk para pelabur yang mencari rakan niaga untuk meluaskan perniagaan mereka. Akhirnya beberapa perjanjian perniagaan terlaksana. Perjanjian ARAMCO PETRONAS yang bernilai RM31 billion di Pengerang, Johor sudah pasti akan memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Terdapat juga 7 persetujuan MOU dalam pelbagai bidang perniagaan yang bernilai RM 9.74 billion ditandatangani. Sudah tentu dengan nilai pelaburan RM 39.74 billion akan menambahkan lagi keuntungan untuk rakyat dan negara kita.

Keamanan dan kestabilan negara amat dipandang tinggi dan dikagumi oleh King Salman. Kelantangan dan desakan Malaysia mengenai masalah Timur Tengah seperti isu Syria, Yaman, Israel dan Palestin yang mahukan ianya diambil tindakan dan pencarian jalan penyelesaian oleh dunia telah membuatkan King Salman dan Kerajaan Malaysia telah bersetuju dengan menubuhkan KING SALMAN CENTRE FOR GLOBAL PEACE . Ianya juga adalah  bertujuan untuk membanteras naratif yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang radikal dan ekstremis.

863736-1884384712.jpg

Kementerian Pertahanan kedua-dua negara, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Makkah-based Muslim World League (MWL) dipertanggungjawabkan menguruskan pelancaran yang dilakukan di dalam tempoh 3 bulan selepas pengumuman. Ini memberikan kebaikan kepada dunia dalam menyelesaikan masalah pelarian, kemanusiaan dan kemusnahan kehidupan. Dengan penubuhan pusat  ini diharapkan rakyat negara-negara yang terlibat akan mendapat pembelaan. Kedua-dua negara ini juga bersetuju isu keganasan tidak sepatutnya dikaitkan kepada mana-mana bangsa, warna kulit dan agama.

Lawatan yang cuma empat hari telah memberikan pelbagai cerita. Pelaburan yang akan dapat membantu kelestarian negara dan penyelesai keselesaan rakyat. Namun ianya tetap tidak memuaskan hati netizen pembenci negara dengan kenyataan kerajaan menjual aset negara. Adakah dengan melabur atau membeli saham di dalam sesebuah syarikat sudah dikatakan syarikat itu terjual? Adalah terlalu dangkal untuk menyatakan kerajaan atau syarikat itu terlalu bodoh untuk melepaskan syarikat yang dibina dengan titik peluh dan kepayahan kepada negara atau orang lain. Sudah pastilah ada perjanjian yang dimeterai yang memberikan keuntungan kepada kedua-dua pihak.

Terima kasih Raja Salman AbdulAziz yang sudi berkunjung ke Negara Kami Malaysia dengan ikhlas. Semoga hubungan baik ini akan berkekalan selamanya..

GUNA AKAL YANG ADA BUKAN HANYA MEMBABI BUTA.


Penulis – INTAN RAHIM | WMayaTeam #WanitaMaya

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter