Langkah-Langkah Yang Patut Diambil Sekiranya Syarikat Penerbangan Menghilangkan Beg Anda


 

1. Pergi ke pejabat tuntutan bagasi

Apabila anda pasti beg anda tidak ada dalam pesawat, pergi ke pejabat tuntutan bagasi dengan segera. Pastikan mendapat salinan laporan anda sebagai bukti sekiranya anda memerlukannya.

Laman Web DISINI

2. Kenali beg anda

Ketahui jenama, warna dan saiz bagasi anda kerana ia akan memudahkan untuk syarikat penerbangan / lapangan terbang untuk mencarinya.

3. Simpan tag tuntutan bagasi

Pihak syarikat penerbangan akan melekatkan tag tuntutan bagasi di pas masuk anda. Tag ini perlu untuk membuat laporan kehilangan bagasi.

4. Siasat polisi syarikat penerbangan itu mengenai pampasan kewangan

Syarikat-syarikat penerbangan mempunyai polisi yang berbeza. Jika beg anda hilang untuk lebih daripada 24 jam, syarikat penerbangan akan membantu anda untuk membeli pakaian sehingga mereka mendapat beg anda kepada anda.

5. Pastikan bagasi anda dihantar

Jangan menawarkan diri untuk mengambil beg hilang anda. Syarikat penerbangan bertanggungjawab untuk mendapatkan dan menghantar beg anda kepada anda. Berikan alamat tempat tinggal dan nombor yang boleh dihubungi agar beg anda boleh dihantar dengan segera.

6. Beli insurans perjalanan

Insurans perjalanan membantu menampung sebahagian, jika tidak semua, kerugian anda sekiranya bagasi hilang untuk tempoh masa yang tertentu atau jika ia hilang dan tidak dapat dikesan.

7. Sentiasa dapatkan maklumat terkini

Sentiasa semak dengan syarikat penerbangan anda mengenai status terkini bagasi anda.  Jangan biarkan mereka lupa tetapi bertanya secara bersopan santun. Ataupun, anda boleh membuat semakan online seperti INI

8. Buat tuntutan

Kemungkinan anda tidak akan mendapat pampasan bagi harga penuh bagasi hilang anda, tetapi pastikan anda menetapkan jumlah tuntutan (yang berpatutan) dengan syarikat penerbangan bagi mendapatkan pembayaran balik maksimum.

Sumber dari POPSUGAR


Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter